Hiburan By: Salma Syahbuddin June 1, 2018 @ 4:50am

Che Ta Lega Tiada GST?

Bagi pelakon, usahawan dan model terkenal ini, beliau mengakui menyambut baik Penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM) dan berjanji memberi sumbangan bagi mengurangkan beban hutang negara.

Namun, bagi Che Ta beliau enggan mendedahkan jumlah derma yang akan dihulurkan kerana menurut beliau apa yang dilakukan bukanlah paksaaan tetapi rasa tanggungjawab beliau sebagai rakyat Malaysia.

Sumber : instagram @rozitachewan

“Ikut kemampuan dan kalau kita rasa tak mahu beri sumbangan, tak perlu beri kerana tiada paksaan. Kalau seorang rakyat Malaysia menyumbang RM10, sudah mampu mengurangkan berjuta ringgit hutang yang ditanggung kerajaan”

“Ini juga sebagai tanda sokongan saya kepada Malaysia dan saya anggap ini sebagai amal untuk negara. Berapa pun jumlahnya, yang penting kita prihatin dan ada usaha untuk membantu negara dengan cara ini, kalau kita tidak boleh cara lain.” Katanya

Sumber : instagram @rozitachewan

Tambahnya lagi, beliau berasa gembira dengan penghapusan GST berkuatkuasa pada hari ini. Dan, menganggap bahawa janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan terlaksana bagi membantu meringankan beban rakyat. 

“Saya ada tiga syarikat dan bila diumumkan pengahapusan GST ini saya rasa sangat lega. Sudahlah terbeban dengan cukai pendapatan, ditambah pula dengan GST, cukup memberi kesan kepada rakyat. Semua orang akan berasa lega sebab sudah kurang satu cukai. Walaupun bersifat sementara, tetapi membuatkan kita boleh bernafas dengan lega walaupun sedikit.” Jelasnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Jan 2019
Hiburan Mon, 6 Apr 2020

“Saya Anggap Ini Ujian Allah” – PU Rizz Redha Positif COVID-19

Sama-sama kita doakan mereka yang positif segera diberikan kesembuhan Amin.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

“Cuba Rampas Suami Saya, Tengok Apa Jadi”‘

“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang?”

Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Featured Wed, 4 Jan 2023
Events Fri, 29 Apr 2022
Featured Mon, 16 Jan 2023

Duan Naga Bogho Angkat Martabat Jati Diri Orang Kelantan

Cerita ni best! wajib tengok okay….👍👍👍