Hiburan By: Syafiqa Irdina October 10, 2019 @ 10:12am

Dapat Banyak Tawaran Mengacara Di Negara Seberang, Uyaina Arshad Tak Lupa Diri

Uyaina Arshad atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Binti Arshad semakin menempa nama dalam bidang pengacaraan mahupun lakonan.

Pemenang Puteri Muslimah Asia 2018 ini berkata, sejak memenangi gelaran juara dalam Puteri Muslimah Asia tahun lalu, dia kini diberi peluang untuk mengacarakan pelbagai program di Indonesia.

 

 

Selepas mengendalikan Nona selama 2 tahun, Uyaina sempat menonjolkan bakatnya dalam bidang lakonan menerusi drama Curi-Curi Cinta sebelum mendapat tawaran mengacara di Indonesia menerusi Program Puteri Muslimah Indonesia 2019 dan Akademi Sahur Indonesia 2019.

Menurutnya, peluang yang datang adalah rezeki yang tidak mungkin beliau sia-siakan kerana, bukan senang untuk mendapat peluang ini lagi.

“Terkini, saya mendapat tawaran dari Indosiar untuk mengendalikan rancangan Golden Memories Indonesia 2019. Alhamdulillah peluang dan rezeki ini hadir tetapi saya akan tumpukan terhadap bidang pengacaraan terlebih dahulu.” kata Uyaina.

Xtra doakan semoga Uyaina akan terus sukses dalam karier. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 9 Oct 2023

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Saksikan drama bersiri Haloba di slot Samarinda TV3

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

OMG! Karier HyunA Hancur Sebab Bercinta?

Bagaimanapun, pihak pengurusan Cube Entertainment agensi tersebut menafikan perkara tersebut dan memberitahu mereka masih dalam perbincangan kontrak pasangan kekasih itu.

Hiburan Sat, 8 Jun 2019
Hiburan Mon, 3 Jul 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Sat, 20 May 2023