Dari Jazz Ke Pop Balada, Noryn Aziz Tukar Selera?
By: SGMS Faida
14 Jun 2018, 08:16 AM

Keluar dari kebiasaan, penyanyi yang sebelum ini mengangkat irama Jazz akhirnya beralih kepada irama pop balada pula.

Bagi Noryn Aziz, tak salah dia mencuba meneroka genre baru memandangkan ini salah satu usahanya menarik kelompok peminat baru.

Saya ada kelompok peminat tersendiri yang meminati muzik Jazz tetapi dalam masa sama saya ingin mengukuhkan nama dalam industri termasuklah menarik minat pendengar muda,” katanya.

Penyanyi berusia 41 tahun yang kini mengusahakan kelas vokal Noryn Aziz memberitahu dia menggunakan khidmat komposer Ajai untuk pembikinan album terbarunya.

“ Mungkin sebelum ini, saya tak pernah membawa lagu-lagu bergenre sedih mendayu. Ini cabaran yang saya ambil.

“ Saya baru saja selesai merakamkan lagu pop balada ciptaan beliau, Percayakan Cinta.

“ Lebih menarik, ini merupakan kali pertama saya berduet menerusi single dan saya sangat teruja menunggu penerimaan peminat di luar sana,” katanya.

Tambah Noryn, lagu ini bakal menjadi lagu runut bunyi filem Kalla yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

Saya anggap ini rezeki dan ini mungkin pembuka laluan untuk menghasilkan lagu-lagu duet bersama artis lain.

“ Suara Hazama tak perlu dipertikaikan lagi. Dia sangat membantu dalam melancarkan proses rakaman single Percayakan Cinta ini,” katanya.

Akhirnya tercapai juga cita-cita Noryn Aziz untuk hasilkan lagu duet, tak sabar kami nak dengar lagu ni dimainkan di corong-corong radio. Tak kira genre apa sekalipun, semoga terus sukses dalam bidang muzik ya!



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Baju Melayu Koleksi Ery Putra

Ke Mana Hilangnya Aura Ayda Jebat?

Kazar Terkejut Anak Kandung Sengaja Sebar Gambar Cium

Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta