Hiburan By: Del14 September 1, 2019 @ 11:50pm

Dulu panggil ‘Kakak’, Sekarang Dah Jadi Isteri

Sesiapa yang mengikuti laman instagram @ardellaryana dan @nadzmiadhwa pasti tau betapa akrabnya mereka. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell mengenali Nadzmi  selama 8 tahun yang lalu tetapi mula rapat sejak mereka berlakon bersama-sama di dalam drama ‘Namaku Bedah’ pada tahun 2015.  

Terbaru ini mereka digandingkan lagi di dalam drama ‘Jodoh Whatsapp’ yang ditayangkan di TV3. Selain menjadi rakan kongsi di dalam bisnes tudung mereka yang dinamakan ‘AlwadellHijab’ tahun lepas, Ardell juga muncul dalam klip video muzik Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi yang berjudul ‘Wanitaku’ yang berkisar tentang persahabatan mereka dan ianya telah menjadi bualan hangat netizen yang memang dari dulu dapat merasakan mereka sebenarnya lebih dari sahabat karib.

 

Gandingan Nadzmi dan Ardell sebagai Along dan Angah dalam drama ‘Jodoh Whatsapp’

Tapi kalau dah jodoh memang tak ke mana….dahulu Nadzmi memanggil Ardell ‘kakak’ tapi nampaknya selepas ini giliran Ardell untuk menukar gelaran Nadzmi kepada ‘Abang’ apabila mereka telah bernikah di rumah kediaman keluarga Ardell pada jam  5.31 petang tadi. Dengan sekali lafaz, Ardell telah ‘sah’ menjadi milik Nadzmi di hadapan lebih kurang 500 tetamu yang terdiri dari sahabat handai dan sanak saudara terdekat kedua mempelai dan telah di ijab kabulkan oleh Ustaz Hafiza Hafiz, Imam Masjid Al-Muttaqin Seri Kembangan, Selangor.

 

Di majlis pernikahan itu, Nadzmi telah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM300 dan senaskah Quran yang telah diberikan oleh Ardell kepadanya sewaktu bertandang ke rumah Nadzmi di Wangsa Melawati bersama keluarganya. Kedua mempelai juga berbalas dua dulang hantaran di majlis itu.

Kedua-duanya minat bermain bola dan futsal

Nadzmi menyifatkan Ardell sebagai seorang insan yang sangat istimewa dan amat luar biasa.

“Pada saya, dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup. Dia sangat luar biasa. Saya belajar banyak benda dengannya.

“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dah futsal.”

 

Perhubungan mereka bukan sahaja mendapat restu peminat dan netizen tetapi ahli keluarga kedua-dua pihak juga merestui perhubungan mereka sejak dahulu lagi. Alhamdullillah, berkat doa semua mereka telah pun selamat menjadi pasangan suami isteri setelah lama mengenali hati budi masing-masing. Mungkin lepas ni dari ‘kau’ dan ‘aku’ boleh lah tukar kepada gelaran ‘abang’ dan ‘sayang’ ye? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Nafi Bercinta Dengan Businessman, Zahirah Mcwilson Suka Lelaki Tinggi Lampai

Sesuailah kalau Zahirah nak cari lelaki tinggi lampai, baru berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

《娱协30》新人造势活动 429金河轰动登场

《娱协30》新人推荐奖候选人将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动;出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成以及Danny许佳麟。

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Fuhhhh bahasa dia 🥵🥵 Dengar cerita IG & Twitter Kakak Ira Kazar dah ‘hilang’?? 🤪🤭

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Trending Thu, 16 Jun 2022

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Ibu Syamsul Yusof memberitahu keluarga Ira Kaza agak berhenti mengugut anaknya.

Hiburan Tue, 19 Sep 2023