Hiburan By: SGMS Putri January 19, 2018 @ 2:24pm

Dunia Saya Terasa Gelap – Aidil Aziz

Pernah ditahan atas dakwaan mengedar dadah, pelakon Aidil Aziz menyifatkan dunianya terasa gelap ketika dalam penjara sehingga menjadi tertekan kerana tidak tahu apa perlu dilakukan! Alahai, sabar yer Aidil… Katanya, nasihat yang diterima daripada salah seorang hamba Allah memberi kekuatan kepadanya untuk kembali bangkit.
 
“Saya menangis dan keliru. Apa akan saya jawab dengan keluarga? Bagaimana saya mahu berdepan dengan masyarakat? Saya tidak reda dengan takdir yang tertulis. Ketika saya keliru, seorang hamba Allah datang dan memberitahu, saya tidak mungkin mampu menjaga hati semua orang. Tetapi jika saya menjaga hubungan dengan Allah, Dia pasti akan menjaga saya. Kata-katanya itu menaikkan semula semangat saya.
 
“Penjara umpama tempat saya kembali menyucikan diri. Saya ambil peluang mendekatkan diri kepada Allah. Paling penting, solat lima waktu dijaga dengan baik dan tidak melihat sebarang bentuk maksiat,” katanya.
 
Pada 24 September 2016, Aidil bersama dua yang lain ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atas dakwaan mengedar dadah jenis ganja seberat 465.61 gram yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.
 
Pelakon yang popular menerusi drama Lara Terindah itu bagaimanapun, dibebaskan mahkamah pada Disember 2016. Beralih kepada perjalanan kerjaya seninya, Aidil bersyukur dirinya masih diterima biarpun pernah dilanda kontroversi hangat.
 
“Apa yang berlaku memberi pengajaran supaya saya lebih bijak dan berhati-hati memilih kawan. Saya juga lebih menghargai ibu bapa kerana mereka sentiasa menyokong dan tidak pernah meminggirkan saya,” katanya.
 
Turut terbabit dengan perniagaan mangga asam boi, Kingmangifera, Aidil baru melunaskan penggambaran sitkom Mami Mamu Gosip dan Cinta Lemon Madu untuk siaran TV3.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Dec 2021
Hiburan Thu, 16 May 2019

Punyalah Manja…Suami Nak Makan Masakan Syahrini Sahaja!

Kalau tidak, dia tidak mahu makan. Begitu. Manja ya Pak RB…

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

‘Kalau Ada Jodoh, Adalah…’- Ara Johari Mengaku Ada Boyfriend?

Sepadan pulak kami tengok korang berdua ni…

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Nonny Nadirah kembali Sendiri

Semoga terus tabah dan kuat ya Nonny!

Featured Fri, 7 Apr 2023

[VIDEO] Impian Fuad Rahman Timang Cahaya Mata Tak Kesampaian, Tom Keguguran Di Usia Kandungan 3 Minggu

Allahuakbar… Insya-Allah ada rezeki lain. Sabar ya Tom dan Fuad ❤️