Events By: Salma Syahbuddin April 23, 2018 @ 3:22am

Empat Peserta Mentor Otai Ini Bakal Berentap Di Pentas Final!

Akhirnya! Aj, Azee, Elvira dan Alina antara peserta Mentor Otai yang bakal menghangatkan pentas malam kemuncak Mentor Otai final pada Ahad ini.

Pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada persembahan mereka pada konsert minggu ke- 6 semalam yang turut menampilkan peserta membuat persembahan bersama mentor mereka masing-masing.

Namun, persaingan peringkat separuh akhir yang disiarkan secara langsung dari Plaza Alam Sentral 2 semalam, memperlihatkan protege Zarul Husin, Lokman Azimi bagaimanapun tersingkir. 

Konsert Mentor Otai sebelum ini telah membariskan seramai 8 orang protege yang terdiri daripada Azran, Elvira, Ayie, Aj, Alina, Azee, Irwan dan Lokman.

Konsert yang disiarkan pada setiap Ahad ini turut menampilkan Edry Abd Halim dan Mark Adam sebagai juri tetap yang bertanggungjawab menyumbang sebanyak 5o peratus markah keseluruhan. Manakala, juri awam sebanyak 20 peratus dan undian atas talian sebanyak 20 peratus. 

Agaknya siapakah peserta yang layak membawa pulang wang tunai sebanyak RM100k. Jangan lupa untuk saksikan Konsert Mentor Otai Final pada Ahad ini, 29 April 2018, di TV3 atau boleh menyaksikan siaran secara langsung menerusi portal kami di www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak

Katanya “Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal,”

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

‘ Saya Bangga Jadi Muslim’, Sinead O’Conner Umum Peluk Islam

Kawan rapat, Elaine memberikannya hijab pertama dan beliau seram sejuk seluruh badan sewaktu melihat Shuhada menyarungkannya.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019