Faizal Tahir Bakal Muncul Dalam Konsert 'Moved'
By: Salma Syahbuddin
16 May 2018, 04:41 AM

Walaupun kehadirannya dalam industri seperti mengikut musim, namun kemampuan penyanyi ini dalam menghasilkan lagu-lagu artis tempatan masih berbisa. Faizal Tahir memberitahu, kali ini beliau akan muncul dengan konsert meganya yang akan diadakan pada 3 November nanti.

Menurut FT, selepas beberapa kali konsert ini ditangguhkan akhirnya hasrat beliau untuk menggegarkan stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada konsert solonya kali ini termakbul apabila starplanet dan Warner Music Malaysia menaja konsert 'Moved' ini.

Kenapa Moved?

"Kami sepakat memilih tema 'moved' untuk konsert ini. Harapan saya, konsert ini bukan sahaja dapat menyentuh emosi penonton, malah fizikal mereka. Tarikh dipilih sangat sesuai kerana kami ada masa untuk membuat persiapan selain mengatur publisiti dan promosi." Katanya

Apa yang menariknya untuk konsert kali ini ialah, FT turut mengundang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk sama-sama memeriahkan konsert solo beliau. Namun, perkara ini masih dalam perbincangan lagi dengan pihak Siti.

Faizal Tahir dan Izzue Islam ketika menghadiri Majlis Kempen Terima Kasih 2018 anjuranMedia Prima Berhad semalam.

"Siti adalah antara artis yang ingin saya jemput. Tidaklah ramai sangat hingga menenggelamkan saya sebagai fokus utama konsert itu." Tambahnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Terima Kasih 2018 anjuran Media Prima Berhad.

Wah! diharap agar perjalanan konsert solo artis kesayangan ramai ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan padu peminat muzik tempatan.



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

5 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Wajib Untuk Gambar OOTD Anda!

Syura Hidap Penyakit Misteri, Punca Badan Semakin Susut?

Maaf...Belum Sedia Tambah Zuriat

Kazar Terkejut Anak Kandung Sengaja Sebar Gambar Cium

Izzue – Jual Seluar Dalam Laku Teruk!

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta