Hiburan By: Salma Syahbuddin January 16, 2018 @ 6:30am

IKAT JAMIN RM12K, FARID KAMIL BEBAS!

Akhirnya Farid Kamil dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 oleh adiknya, Fadzil Zahari sebentar tadi. Mengikut perbicaraan yang dilakukan sejak jam 10.57 pagi tadi.

Manakala, Mahkamah juga telah menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes dan buat pertama kalinya, Diana Danielle muncul ke Mahkamah untuk memberikan sokongan kepada suaminya itu.

Bila ditanya mengenai keadaanya semasa berada di lokap ini jawapan beliau kepada media,

“Sepanjang berada dalam tahanan dia berada dalam keadaan baik dan sihat.Saya rindukan anak-anak dan memang harapkan Diana datang. Alhamdulillah, saya okey. Semuanya baik-baik saja. Saya gembira isteri dan keluarga hadir hari ini. Saya mengharapkan sokongan mereka.”

Walaubagaimana pun, beliau sempat memberi pesanan buat isterinya, Diana Danielle.

“Pesan saya untuk isteri, I love you. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan,” katanya lagi.

Farid Kamil juga didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah pada hari ini kerana, menyebabkan kecederaaan, berkelakuan tidak senonoh, menggunakan kekerasan dan mengganggu tugas polis. 

Pelakon berusia 37 tahun ini telah dibebaskan selepas ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan sejak khamis lalu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Lilly Singh Expressed How ‘Fairness Creams’ Shouldn’t Even Exist

Lilly Singh takes on the dark side of skin-lightening creams and how it creates a huge problem in India.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Camila Cabello Puts a Light to the Shades About Her Body

Camila Cabello took to her Instagram to address the hates she’s been getting about her body image!

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Tue, 16 Jan 2024

‘Cover’ Lagu Jangan Mati Rasa Itu, Nyanyian Mila Jirin Ubati Rindu Peminat- “Merdunya, Please Buat Comeback!”

Menusuk terus sampai kalbu! Min memang tak boleh move on dengan cover Mila nih😍😭

Hiburan Fri, 5 Apr 2024