Hiburan By: SGMS Enal November 18, 2018 @ 10:42am

Fazura Bakal Berduet Dengan Shane Westlife

Fazura bakal berduet dengan salah seorang ahli kumpulan pop antarabangsa terkenal, Shane Westlife. Lagu duet tersebut akan dimuatkan dalam album kedua Fazura nanti.

Difahamkan perbincangan mengenai duet diantara Fazura dan Shane sudah lama dibincangkan namun kekangan masa mereka terpaksa menunda. Kongsi Fazura lagi, beliau akan bertemu Shane pada Konsert Elmina Lakeside, 19 Januari.

“Pihak syarikat rakaman Universal ada bertanya sekiranya berminat untuk kolaborasi dengan Shane. Sudah tentu saya mahu kerana peminat Westlife sejak dulu selain dia penyanyi antarabangsa terkenal”

“Tak sabar untuk bertemu Shane. Paling penting perlu ada keserasian antara kami untuk menjayakan kolaborasi itu. Kalau semuanya dipermudahkan, lagu itu akan dimuat dalam album kedua yang akan dilancarkan tahun depan,” jelasnya 

Selain itu, Fazura juga memberitahu suaminya, Fattah Amin juga akan turut serta dalam konsert yang akan diadakan Januari nanti. Seronoklah peminat Fattzura layan suara merdu selebriti kesayangan mereka nanti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Featured Tue, 15 Nov 2022
Featured Thu, 28 Jul 2022
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Video Reza Hasbi Bertumbuk Tular, Apa Kes Ni?

Reza Hasbi ‘salah’ meletak kereta di kawasan parkir tidak dibenarkan.