Wah! Dengar kata pasangan romantis, Fazura dan suaminya, Fattah Amin bakal mengundang kira-kira 5,000 jemputan terdiri daripada para peminatnya ke majlis resepsi khas pada 11 Mac nanti.
Bagaimana pun, Fattzura masih belum mendedahkan di mana kah lokasi resepsi tersebut akan berlangsung.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, pelantun lagu ‘Sayangi Dirimu’ ini hanya akan mengumumkan lokasi berkenaan melalui Instagramnya tidak lama lagi.
Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.
“Segala perbelajaan untuk jamuan hasil duit kami sendiri,” jelas Fazura ketika ditemuramah pihak media berhubung dakwaan menolak semua tajaan bagi majlis resepsinya yang akan berlangsung dua kali iaitu pada 25 Februari ini dan 11 Mac depan.
Kata pasangan pelakon drama ‘Hero Seorang Cinderella’ ini, penolakan itu bukan bererti mereka mahu menunjukkan bahawa mereka ada duit.
Pun begitu, Fattzura akui tidak berdaya menolak permintaan rakan-rakan penaja yang mahu berkongsi menguruskan acara resepsi keduanya pada 11 Mac nanti.
Jelas Nur Fazura, tujuannya lebih kepada membantu para peiaga untuk mempromosikan produk masing-masing melalui majlis resepsinya sahaja.
Berkaitan majlis perkahwinannya pada 25hb Februari ini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Faz memberitahu, segala persiapan bertemakan fairytale sudah 85% siap.
Tentu peminat tak sabar nak tengok kejelitaan dan ketampanan pasangan pengantin ini kan? Pasti glam!
Fazura dan Fattah Amin bernikah pada 27 November 2017 dalam majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.