Hiburan By: Salma Syahbuddin January 10, 2018 @ 12:00am

FAZURA SUDAH BAGI HINT, TAHNIAH!

Selepas sahaja pasangan Fazura dan Fattah Amin berkahwin, rata-rata netizen tidak puas-puas untuk menatap dan mengikuti setiap perkembangan pasangan ini. Lebih-lebih lagi kedua-dua nya sering memuat naik video-video manis dilaman instagram masing-masing.

Melihat kepada kemesraan dan kemanjaan pasangan ini ketika bercuti di Eropah, ramai peminat dan followers yang tidak putus-putus mendoakan agar pasangan ini dikurniakan dengan zuriat secepat yang mungkin. Justeru itu, beberapa hari yang lalu telah viral satu video yang menunjukkan Faz seakan-akan memberikan hint bahawa dirinya itu telah hamil.

Aksi-aksi manis Fazura dan Fattah Amin

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, Faz kelihatan sedang menyapu jam diatas scone sehinggalah ditegur kerana makan terlalu banyak dan apa yang paling mencuri perhatian adalah statement yang dikeluarkan Fazura yang berbunyi “Bukan apa, kot-kot mengidam ke apa? kot kot lah i cakap” statement tersebut nyata membuat rakan-rakannya gembira dan sekaligus mendoakan pasangan ini.

Walaupun sebelum ini, Faz dikatakan belum mahu menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat memandangkan dirinya itu kian busy tetapi suaminya, Fattah Amin sudah bersedia untuk menjadi seorang ayah. Malah, telahpun mempunyai nama untuk anaknya itu. 

Wah! mesti ramai peminat yang menantikan bagaimana agaknya rupa anak Fazura dan Fattah Amin kan? Apapun, kita doakan agar hint yang diberikan Fazura dalam video tersebut menjadi kenyataan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Tahniah Indah Ruhaila!

Tahniah buat Indah Ruhaila dan pasangan , kami doakan kalian berbahagia hingga hujung nyawa

Featured Sat, 25 Sep 2021
Trending Mon, 4 Jul 2022