Hiburan By: SGMS Fas February 21, 2018 @ 11:52am

SIAPA NAK RM1K DARI FAZURA?

Pelakon yang bakal naik pelamin 25 Februari ini, Nur Fazura meminta bantuan orang ramai  untuk mencari kucing kesayangannya yang hilang sejak beberapa minggu lalu.

Bantuan tersebut bukan percuma tau! Sesiapa  berjaya mencari kucingnya yang bernama ‘Jem’ akan diberikan ganjaran sebanyak RM1,000.

Menurut isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, kali terakhir, Jem dilihat berada di kawasan Parkville Sunway Damansara.

Masih hilang, tolong cari kucing saya. Kami sayang Jem dan sangat merinduinya, ” luah Fazura melalui aplikasi Insta Storynya.

Jem  merupakan haiwan kesayangan dipelihara keluarga Fazura yang tinggal di kawasan Petaling Jaya.

Memandangkan kawasan tersebut tidak membenarkan sebarang poster ditampalkan di mana-mana, Fazura terpaksa memohon bantuan netizen dan berharap sesiapa yang mempunyai maklumat atau berjaya menemui Jem boleh berhubung dengannya melalui mesej peribadi di Instagram.

Siapa lah agaknya yang berjaya mendapat ganjaran dari Faz tu? Bukan sekadar dapat duit tetapi sudah tentu dapat berjumpa dengan tuan punya diri sekali!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Feb 2020
Featured Wed, 13 Mar 2024

“Ringan Itu Istirehat, Berat Itu Istiqamah” – Neelofa

MashaaAllah moga perkongsian istiqamah dari Neelofa ni dapat memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Ismail Izani Mudah Jatuh Hati Pada Gadis Lembut

Ismail Izani suka tengok gadis lemah lembut persis ibunya dan mudah jatuh hati pada gadis lembut

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Featured Mon, 23 Oct 2023

Didakwa Tak Matang & Tak Move On Isu ‘Penyondol’, Bella Astillah Nafi ‘Insecure’ 

Bukan mudah eh nak move on bila rumah tangga terpalit isu penyondol ni🔥