Filem By: Salma Syahbuddin December 24, 2017 @ 9:00am

FLOWER RING DRAMA THAI YANG BAKAL MEMUKAU AUDIENS

Bermula Disember ini, tonton akan menampilkan sebuah drama komedi yang popular di negara Thailand. Flower Ring mengisahkan cinta romantik berunsur komedi antara dua individu yang agak skeptikal terhadap apa jua  bentuk relationship terutamanya terhadap perkahwinan. Namun akhirnya menjadi sahabat di sebuah majlis perkahwinan. Apakah agaknya kesudahan cerita ini?

Drama yang menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu Puttichai Kasetsin dan Ramita Mahapreukpong ini mampu untuk menarik audiens terutamanya golongan muda untuk menyaksikan drama bersiri 26 episod ini.

 

Ala-ala Drama Korea?

Bila menjenguk ke laman sosial Youtube dan menyaksikan sendiri trailer Flower Ring ini, sebagai penonton apa yang dapat disimpulkan ialah plot penceritaan drama ini seakan-akan cerita korea. Dimana watak hero dan heroin akan berkembang setelah melalui beberapa konflik. Selain itu, aspek video editing mahupun pemilihan pelakon-pelakonnya juga turut memainkan peranan dan tidak hairanlah jika drama Flower Ring ini dikatakan seperti drama korea.

Trivia pelakon siri Flower Ring, Puttichai Kasetsin (Push) :

  1. Merupakan anak ke-4 dari 6 adik beradik lelaki
  2. Merupakan seorang DJ untuk Chill FM 89 dan juga TV host
  3. Bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional sebelum berkecimpung dalam industri hiburan
  4. Merupakan seorang pemegang ijazah jurusan Komunikasi  Seni di Rajabhat Suan Dusit Universiti
  5. Seorang yang boleh dianggap sebagai Best Actor dikalangan rakan-rakan artis

Trivia pelakon siri Flower Ring, Ramita Mahapreukpong (Gypso) :

  1. Merupakan pelakon dan juga TV Host, penyanyi dan juga Model
  2. Mempunyai seorang kakak yang juga seorang pelakon bernama Keerati Mahapreukpong 
  3. Penuntut di Universiti of London 
  4. Antara rancangan TV nya ialah, Strawberry Cheesecake , Sister Day, Saranair
  5. Terlibat dalam iklan Rexona, Calpis dan Chevrolet

 

Flower Ring akan menemui peminatnya secara serentak di Thailand dan Malaysia pada 24 Disember 2017 ini. 

So, jangan lupa untuk saksikan drama romantik komedi “Flower Ring” hanya di tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 18 Dec 2018
Filem Tue, 25 Dec 2018
Filem Sun, 9 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Wakaf Dosa Sarat Dengan Pengajaran

Haa, mesti terkejut kan tengok headline ni, jangan lupa saksikan Wakaf Dosa di TV3!

Filem Mon, 23 Dec 2019

Dapatkan Barangan Ejen Ali Secara Online Hanya Di CANTIX!

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan Ejen Ali hanya di WWW.CANTIX.COM.MY

Filem Wed, 17 Jan 2024

Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

‘Kena lapor diri di balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah’ – Timbalan Pendakwa Raya

Filem Wed, 20 Dec 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Dalang’

Kewujudan dalang tidak dapat disangkal lagi.

Filem Thu, 4 Jan 2018

5 REASONS WHY JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE IS MALAYSIA’S 3RD TOP GROSSING FILM OF ALL TIME

We’d give you more but we hate to be the spoilers spiller *winks*