Hiburan By: SGMS Faida April 11, 2018 @ 7:37am

Ini Janji Mark Zuckerberg, Facebook Lakukan Proses ‘Pembersihan’

Facebook bakal mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengekang kata-kata dan ucapan bersifat kebencian di Myanmar.

Kata Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg berkata ketika sedang memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai campur tangan pilihan raya dan ucapan kebencian di platform itu.

Lapor Reuters, Facebook kini berdepan dakwaan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk mengekang mesej berunsur kebencian dalam rangkaian media sosial di Myanmar, yang sekarang ini mendominasi sistem komunikasi.

“Apa yang berlaku di Myanmar adalah tragedi yang dahsyat, dan kita harus lakukan yang lebih,” ujar Zuckerberg dalam pendengaran selama lima jam di hadapan Jawatankuasa Perdagangan Senat dan Jawatankuasa Pengadilan Senat.

Lebih daripada 650,000 orang Islam Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine, Myanmar berikutan serangan dan penindasan oleh pasukan keselamatan, pada Ogos lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat insiden pembantaian etnik di Myanmar pada bulan lalu berkata, Facebook dikenal pasti menjadi sumber propaganda anti-Rohingya.

Pengerusi Misi Bebas Pencarian Fakta PBB di Myanmar, Marzuki Darusman, pada Mac mendakwa media sosial telah memainkan ‘peranan tertentu’ di Myanmar.

Zuckerberg berkata Facebook telah mengupah ramai lagi penurut bahasa Myanmar untuk menyingkirkan kandungan yang membawa ancaman.

“Sukar untuk melakukan ini tanpa mereka yang bertutur bahasa tempatan. Kita perlu tingkatkan usaha secara dramatik,” ujar Zuckerberg yang juga meminta kumpulan masyarakat sivil membantu dalam mengenal pasti individu yang patut diharamkan dalam rangkaian itu.

Tambahnya, pasukan Facebook juga akan  membuat perubahan produk di Myanmar dan negara-negara lain yang berdepan masalah keganasan etnik.

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

“Saya Ambil Peluang Mengubati Kerinduan…” – Zamani Hanya ‘Memanaskan Badan’

Kuat semangat Zamani ni. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

茜拉婚礼星光熠熠 现场800人送祝福

27岁的茜拉(Shila Amzah)与28岁的丈夫哈里斯(Haris Elias)一对新人昨晚在布城五星酒店举行迎宾婚宴,与受邀出席的亲朋好友、粉丝和媒体一同分享喜悦!

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Bekas Kekasih Kahwini Syahrini, Luna Maya Tetap Kuat

Dah tiada jodoh, sabarlah Luna…Insya Allah ada jodoh baik menanti lepas ni.