Hiburan By: SGMS Faida March 23, 2018 @ 4:45am

Hubungan Dua Tahun Bermasalah? Intan Terkejut Kenyataan Ude

Susulan permohonan bekas suami Intan Liana Saleh yang memintanya agar tidak terus ‘berdrama’, wanita itu akui terkejut!

“ Saya terkilan dengan kenyataan dia. Sesungguhnya, saya tidak berniat membuka aib sesiapa.

“ Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar,” katanya.

Dalam masa sama, Intan turut berasa hairan dengan bagaimana timbul cerita hubungan mereka bermasalah sejak dua tahun lalu.

“ Sedangkan anak kedua kami baru berusia setahun?,” soalnya lagi.

Itu persoalan dikemukakan Intan Liana Saleh ketika mengulas dakwaan bekas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude.

Terdahulu, Intan pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suaminya itu dengan pelakon, Izreen Azminda.

“Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

“Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (perceraian)… Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini,” katanya kepada BH Online.

Pemuzik bebas itu mendakwa masalah rumah tangga mereka sudah lebih dua tahun berlarutan, sebelum beliau mengenali Izreen yang dinikahinya, Ogos lalu.

Ude melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, pada jam 9.50 pagi, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan, Januari lalu.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri yang berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Kalau nak tahu sedap ke tak suara Masya Masyitah ni, jangan lupa dengar lagu Halimunan okay!

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kita Berilah Masa Sedikit Untuk Kami Dan YDPA” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim minta semua beri ruang kepada YDPA

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020

Kebenaran Untuk Ke Luar Negara Kini Dibenarkan Kepada…..

kebenaran ke luar negara hanya dikhususkan kepada….

Kisah Viral Tue, 13 Sep 2022
Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Featured Wed, 31 May 2023