Ikon Wanita Melayu, Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Juara!
By: Salma Syahbuddin
17 May 2018, 07:54 AM

Amy Nurtinie atau nama sebenarnya Amy Nurtinie Abdul Aziz telah diangkat sebagai Juara Ikon Wanita Melayu pada tahun ini selepas pengacara Karl Shafek mengumumkan nama beliau pada acara Pencarian Wanita Melayu di Plaza Shah Alam baru-baru ini.

Amy Nurtinie yang senang dipanggil Tinie berjaya mencuri tumpuan juri-juri jemputan iaitu, Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung.

Barisan Ikon Wanita Melayu. Dari Kiri, Nur Fatihah Sazali, Amy Nurtinie dan Alya Abdul

Beliau sekaligus membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice-Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Merapati Tinie sebagai saingan, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara Pencarian Wanita Melayu yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00

Antara barisan peserta dan juri yang hadir pada hari tersebut

Manakala, antara kategori yang turut dipertandingkan pada hari tersebut termasuklah, Miss Personality, Miss Photogenic dan Miss Social Media.

Pencarian Wanita Melayu musim kelima ini turut ditaja oleh Habib Jewels dan Ice-Watch. Penyertaan Pencarian Wanita Melayu ini juga telah mendapat lebih 200 penyertaan online yang rata-ratanya datang daripada wanita Melayu pelbagai latar bidang kerja dan pengalaman.

Sebanyak 3 peringkat uji bakat diadakan dan hanya 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 21 April lalu. Tahun ini 12 peserta dipilih ke peringkat akhir berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para penaja, bekas pemenang Pencarian Wanita Melayu dan penyokong peserta finalis yang turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Ismail Izzani.



Related Article

BERITA TERKINI

19 May 2018, 09:31 AM

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

19 May 2018, 01:00 AM

Sarimah Ibrahim Jalani Rawatan IVF?

18 May 2018, 12:21 PM

Nama Pengiring Meghan Markle Akhirnya Terjawab

18 May 2018, 09:23 AM

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

18 May 2018, 09:16 AM

Ke Mana Hilangnya Aura Ayda Jebat?

18 May 2018, 09:08 AM

Siapa Pelanggan Mengamuk Di Kedai Sajat?

18 May 2018, 09:04 AM

Tolong 'Tutup' Aurat Uqasha: Fikry Dipuji Netizen

18 May 2018, 08:50 AM

Sajat Dating Dengan Siap Tu?

18 May 2018, 07:41 AM

Izreen Azminda Bersyukur Kerana Masih Laku?

18 May 2018, 06:40 AM

Menu Jimat Dapur Bersama Chef Imelda Harris