Filem By: Salma Syahbuddin March 13, 2018 @ 2:00am

Ini Sebab Kenapa Korang Wajib Tengok Rancangan Paling Meletop Minggu Ini!

Kepada yang selalu terlepas rancangan dan drama menarik di TV3 atau di TV9 jangan risau, korang semestinya boleh menyaksikan rancangan kegemaran korang hanya di tonton! Bukan sahaja dapat menyaksikan siaran ulangan dan drama secara siaran HD, korang juga berpeluang untuk menyaksikan episod seterusnya jauh lebih awal berbanding siaran televisyen.

Jadi, ini adalah senarai rancangan dan drama meletop wajib tonton kami minggu ini!

  1. Tiada Arah Jodoh Kita

Walaupun cerita ini mengisahkan tentang cerita cinta yang agak tipikal, namun cerita ini sememangnya lain daripada yang lain. Ini kerana, Tiada Arah Jodoh Kita menyentuh tentang pengorbanan seorang sahabat yang sanggup berkorban demi kebahagian kawan baik sendiri. Dan, Kecekalan serta pengorbanan Fayyad yang sanggup menyerahkan kekasihnya kepada sahabat nya sendiri adalah dianggap sebagai tidak patut walaupun Fayyad mempunyai sebab tersendiri. Haa, kalau nak tahu bagaimana kesudahan cerita Tiada Arah Jodoh Kita jangan lupa saksikan drama ini hanya di tonton!

     2. Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB2018)

Program realiti komedi yang telah melabuhkan tirainya pada 4 Mac lalu masih mendapat tempat dihati penonton ye! Mana taknya, program Bintang Bersama Bintang ini masih mendapat sambutan dikalangan penonton. Pelbagai aksi-aksi lawak dan idea yang ditampilkan oleh para peserta semestinya membuatkan penonton dan peminat tidak kering gusi menyaksikan rancangan ini. Dan, penampilan artis jemputan bagi membantu persembahan setiap pelawak juga nyata memberikan impak terhadap persembahan peserta pada setiap minggu.

      3. Melankolia  

Dibintangi oleh Nonny Nadirah , Aliff Aziz, Dato Eizlan Yusoff  dan ramai lagi pelakon berbakat menerusi drama Melankolia 19 episod ini mengisahkan tentang Suhana iaitu seorang gadis naif yang bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan beliau. Tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, Suhana masih tetap hidup dalam dunia angan-angan nya. Manakala, Tuam Hamid pula merupakan seorang lelaki pendiam, mempunyai seorang bodyguard bernama Razi dan apa yang menjadi tanya tanya adalah latar belakang Tuan Hamid yang begitu dirahsiakan. Untuk mengetahui apakah konflik yang bakal timbul hasil daripada kisah percintaan 3 segi ini, korang bolehlah tonton cerita penuh nanti okay!

     4. Suamiku Mat Piun

Tengok pelakon pun dah tahu cerita ni bergenre kelakar kan? Dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Along Charm, Mark Adam dan Mimi Liana pastinya Suamiku Mat Piun bakal menyerikan hari-hari anda kerana, Pojie dan Nieza telah mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada keluarga mereka. Nieza yang mempunyai hobi suka membacxa novel dan suka berangan-angan sehingga digelar Drama Queen ini telah membuatkan perkahwinan mereka penuh dengan pelbagai ragam. Kalau korang nak ikuti kisah lawak yang penuh drama ini, jangan lupa saksikan Suamiku Mat Piun!

    5. Cinta Hati Batu

Cinta Hati Batu merupakan kisah cinta yang penuh konflik terutamanya tentang kisah percintaan Fitri yang telah diuji selepas kematian tunangnya, Nik. Sehinggalah keluarga Fitri mengambil keputusan untuk mengahwinkan Fitri kepada seorang duda bernama Ehsan. Konflik kisah percintaan ini semakin hangat apabila tunang yang disangka telah mati itu muncul semula dan menuntut untuk kembali bersama Fitri walaupun realitinya Nik tahu Fitri sudah berkahwin.  Agaknya, apakah kesudahan cerita Cinta Hati Batu ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan cerita penuh hanya di tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 1 Feb 2019
Filem Wed, 15 May 2019

穿越剧《守百年之约》掀追剧潮!备受剧迷关注

以穿越为题材的年代爱情剧《守百年之约》13日正式启播,第一集就获得热烈回响,成功引起剧迷们的关注,再掀追剧潮!

Filem Mon, 29 Oct 2018

《复仇者联盟4》片长可能3小时!导演「比第3集还要长」

《复仇者联盟4》日前才完成补拍作业!网路上已经传出许多消息,但漫威依旧保密,粉丝也相当好奇片长会不会比《复仇者联盟3》的160分钟还要长,其实导演早在半年前就透露有可能会达到3小时。

Filem Mon, 30 Sep 2019

跨别17年经典CP聚首!古天乐发狠让宣萱险窒息

古天乐与宣萱这对经典荧幕CP继电视剧《寻秦记》后,相隔17年再度于《犯罪现场》聚首,令不少观众都非常期待他们的演出。

Filem Mon, 1 Apr 2019

Legendary Mark Hamill is the New Chucky?!

The Star Wars legend has turned into a psycho killer doll!

Filem Fri, 1 Jun 2018

Do You Remember What Happened in Episode 1 & 2 of I, Remember?

Here’s an recap of what happened in the two episodes.

Filem Fri, 27 Dec 2019
Filem Thu, 27 Sep 2018

Did You Know Fitness Could be Fun?

Surprisingly, it can be much more fun than you think.

Featured Sat, 17 Sep 2022

“Habis Tu Aku Kena Diam Ke C*ba*!” – YouTuber Didakwa ‘Koyak’, Dikecam Gara-Gara Filem Mat Kilau

Opssss! isu baru pulakkk timbul! #MatKilau dah hampiri kutipan RM100 juta dah weii… Udah lerr tu!👀

Filem Mon, 29 Apr 2019