Isu Selamatkan Anjing, Izzue Islam Ada Alasan Sendiri
By: Salma Syahbuddin
12 Mar 2018, 08:24 AM

Pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen ini telah memuat naik satu video berdurasi kurang dari 20 saat menerusi laman instagram beliau menunjukkan Izzue sedang menyelamatkan dua ekor anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang. Tujuan Izzue merakamkan detik-detik itu bertujuan untuk memupuk sikap prihatin di kalangan masyarakat disamping dapat menyemai semangat suka membantu haiwan yang dalam kesusahan.

"Saya terdetik merakamkan tindakan saya menyelamatkan anjing anjing terbabit, tempoh hari supaya orang lain juga prihatin dan dapat melakukan perkara yang sama. Tidak dnafikan, ada sesetengah daripada kita yang memandang jijik terhadap anjing hanya kerana kita orang Islam diharamkan menyentuhnya. Namun, ingatlah anjing pun makhluk Allah juga. Kita sesama makhluk Tuhan digalakkan saling membantu."Jelasnya.

Tindakan yang diambil oleh Izzue Islam ini seterusnya mendapat pujian orang ramai dan followers beliau yang memuji tindakan penyanyi yang popular dengan single berjudul Muzik Tiduranku ini.

Tambah Izzue lagi, masyarakat haruslah lebih prihatin dan membantu haiwan jalanan terutamanya apabila berada dalam kesusahan. Kerana, beliau percaya masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan belas kasihan. 

 

 

kesian anak anjing ni, mana mak diaa?? ?

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Berdepan Kontroversi Yang Hampir Sama, Ini Pesan Shukri Yahaya Kepada Syafiq Kyle

Nora Danish Menangis Kerana Bayinya Dikecam Netizen?

Syura Hidap Penyakit Misteri, Punca Badan Semakin Susut?

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta