Events By: Salma Syahbuddin June 13, 2018 @ 2:00am

Wajib Tonton: Senarai 9 Program TV Terbaik Syawal Ini!

Dah namanya pun raya, selain ketupat dan rendang, program-program raya juga antara yang menjadi pilihan keluarga dikala menunggu sanak saudara bukan?

Istimewa untuk penonton setia, xtra sajikan anda dengan program-program terbaik di rangkaian televisyen Media Prima sepanjang syawal ini!

1. Andainya Takdir 2

Selepas kejayaan Andainya Takdir 1, nampak gayanya raya kali ini kami sajikan anda dengan tayanagn Andainya Takdir 2. Mengisahkan tentang Airil yang masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Namun, Fatihah mula merasakan kepayahan hidup tanpa seorang suami. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek kerana merindukan ayahnya, Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada mementingkan anak sendiri. Agaknya apakah kesudahan drama Andainya Takdir 2 ini? jangan lupa saksikan lakonan mantap Shukri Yahaya dan Nina Iskandar pada 13 Jun ini bermula pada Rabu sehingga Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3!

2. J Revolusi

Betul, tak tipu! Raya kali ini kami akan sajikan hanya yang terbaik untuk penonton setia rancangan kami. Samalah macam filem J Revolusi ni kan? Tayangan pada Malam Raya , jam 10 malam menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura dan ramai lagi. 

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua serangan untuk UTK (Unit Tindakan Khas) di Malaysia. Oleh kerana Jay dan pasukan operasinya begitu terlatih, digeruni dan mempunyai serangan maut, mereka adalah mimpi ngeri bagi semua pengganas. Namun, apabila kakak Jay ditangkap oleh pengganas misteri, Jay perlu melakukan sesuatu dan menyelamatkan kakak nya. Berjayakah Jay meneyelesaikan misinya kali ini, janganlupa saksikan J Revolusi Hanya di TV3!

3. Din Sardin Beraya

Wow! nampaknya Din Sardin beraya pula kali ni. Dan, nampaknya Din dan Che Ta baru sahaja mengikat tali pertunangan? Namun, Din dikatakan semakin rapat dengan seorang perempuan bernama Riana?Eh, mana satu ni?  Che Ta mencurigai kesetiaan Din dan mendapati tunangnya itu keluar bersama Riana di sebuah tempat mewah. Jangan cuak, sebenarnya Riana merupakan seorang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlibat dalam operasi bersepadu JPJ untuk memburu sindiket kereta klon. Dan semasa bertugas Din jatuh dan hanyut dalam sungai. Tetapi telah diselamatkan oleh orang asli. Kalau nak tahu apakah kisah disebalik konflik yang terjadi, penonton jangan lupa saksikan Din Sardin Beraya pada hari Raya pertama ini, jam 9 .30 pagi okay!

4. Taubatku

Menampilkan pelakon yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat iaitu Syafiq Kyle, Farah Nabila dan Syazuan Hassan ini mengisahkan tentang Ismail dan Maisarah yang merupakan pasangan yang sudahpun berumahtangga hampir 5 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, mereka meneruskan hidup dengan bahagia walaupun hanya berniaga sate. Tidak berapa lama kenudian, Maisarah disahkan telah mengandung dan melahirkan seorang putera bernama Yusuf. Namun, kebahagian yang dikecapi oleh keluarga ini tidak lama, kerana mereka telah terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan Yusuf lumpuh seumur hidup. Bagaimanakah agaknya nasib Ismail dan Maisarah? Adakah mereka redha dengan takdir ilahi? Sama-sama kita saksikan Taubatku pada hari Raya Kedua, jam 9 malam. Jangan ketinggalan!

5. Bahulu Untuk Opah

Bahulu Untuk Opah pastinya menyanyat hati penonton. Mengisahkan tentang Badrul seorang bekas banduan yang mahu balik ke kampung dan menjaga opahnya, Halmah. Walaupun sering dicaci dan di hina, Badrul nekad untuk menyara hidup opahnay yang menghidap penyakit nyanyuk dan Alzheimer. Kepayahan Badrul untuk mebcari kerja membuatkan beliau teringat akan resepi kuih bahulu opah. Dan, sejak dari saat itulah Badrul nekad untuk membuat bahulu dan berniaga di kampungnya. Lakonan hebat Remy Ishak, Ruminah Sidek, Azizah Mahzan dan Nada Syuhada akan menemui anda pada Raya Ketiga, jam 5 petang, hanya di TV3!

6. Family Showdown Raya

Bukan sahaja drama mahupun telemovie menjadi sajian penonton setia kami, rancanagan hiburan seperti Family Showdown Raya ini turut menampilkan dua buah keluarga yang akan bersaing dalam merebut hadiah lumayan dalam rancanagn permaina keluarga. Pastinya akan menggamit suasana kan? Menemui penonton pada Raya Keempat, jam 8.30 malam, hanya di ntv7!

7. The Avengers

Peminat siri Avengers  pastinay tidak mahu ketinggalan menyaksikan The Avengers yang akan menemui seluruh peminatnya pada Raya Kelima ini, jam 9 malam hanya di TV3. 

Menampilkan Robert Downey Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo dan ramai lagi. Mengisahkan tentang Loki bertembung dengan the other, iaitu pemimpin keturunan makhluk luar angkasa dikenali sebagai Chitauri. Sebagai pertukaran untuk mendapatkan Tesseract, sumber tenaga yang kuat dengan potensi yang tidak diketahui, The Other menjanjikan Loki tentera yang boleh digunakannya untuk menakluk bumi. Apakah kesudahan cerita ini? jangan lupa saksikan The Avengers!

8. Mak Cun Pi Amerika Lagi

Amboi Mak Cun! tiap kali raya, tiap kali tu juga nak pergi oversea ya? Beruntung betul Mak Cun kan? Mana taknya, Mak Cun dan Manisah berkeras ingin mengikut Maya ke LA. Satu hari Mak Cun dan Manisah keluar sendiri apabila Maya tinggalkan mereka di rumah. Manisah mengajak Mak Cun berjalan-jalan dengan harapan dapatlah berjumpa dengan artis Hollywood kan? Tapi apa pula jadi selepas itu? Mak Cun dan Manisah hilang lagi ke? Atau, mereka kemalangan? Haa, kalau nak tahu apa nasib yang menimpa  Mak Cun dan Manisah kenalah tengok Mak Cun Pi Amerika Lagi pada Raya Keenam, Jam 10 malam. Pastikan penonton dan peminat Mak Cun duduk depan TV sambil makan kuih raya ye.

9. Upin & Ipin : Geng Pengembaraan Bermula

Siri animasi kegemaran kanak-kanak ini pastinya menjadi pilihan! bakal menemui peminat ciliknya pada Raya Ketujuh, jam 9 malam hanya di ntv7! Pengembaraan Upin danIpin pada kali ini lain daripada kebiasaannya. Kerana, menurut cerita mitos orang kampung, terdapat makhluk ganas yang berkeliaran dihutan pada waktu malam. Dan, tiada siapa berani untuk mencari makhluk tersebut sehinggalah Badrol dan Lim bertembung dengan punca misteri itu sendiri. 

Haa, nak tahu bagaima agaknya pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya, jangan lupa saksikan Upin & Ipin : Geng Pengembaraan Bermula! 

Buat yang terlepas menonton, anda boleh saksikannya semula di www.tonton.com.my!
Selamat Menonton dan Selamat Hari Raya dari kami di xtra!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

许冠杰与谭咏麟马来西亚站采用四面台!演唱会门票1108开卖

香港殿堂级歌手许冠杰与谭咏麟吉隆坡演唱会,门票将在11月8日,上午11时起, 全面公开发售!

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

12 Jam Untuk Anak-Anak, Ziana Zain Seronok!

Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Akui Agak Terlambat Masuk Industri, Frontliner Ini Kejar Cita-Cita Sebagai Penyanyi

Adami Hairi merupakan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Unit Kawalan Penyakit.

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Fri, 16 Jun 2023

“Semoga Hati Kita Terus Terbuka, Diisi Dengan Keimanan,” – Sweet! Essam Muhammad Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati, Mizz Nina

Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta, Mizz Nina… Alahai sweetnya Essam ni 🥰🥰

Hiburan Tue, 13 Sep 2022

“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Tak Bayar Sewa

Tak baik buat member macam tu.. Siapa eh pelakon tu? 🤔