Hiburan By: Salma Syahbuddin May 16, 2018 @ 8:29am

Jimin BTS Terima Ugutan Bunuh!

Siapa yang tidak mengenali kumpulan kpop yang pastinya menjadi pujaan generasi muda zaman sekarang. BTS yang terdiri daripada 7 orang anak muda yang pastinya mempunyai bakat luar biasa ini semestinya menjadi perhatian lensa kamera.

Namun, gempar dimedia sosial apabila salah seorang anggota kumpulan ini iaitu Jimin dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Walaubagaimana pun, pihak Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap ancaman yang diterima Jimin. Menurut laporan Soompi, Jimin akan ditembak pada konsert yang akan berlangsung pada 16 September ini  di Fort Worth, Texas.

“Pihak kami menerima laporan dan tahu mengenai ancaman yang diberikan kepada anggota BTS pada konsert mereka yang akan diadakan pada bulan September ini. Pihak Polis juga telah membuka kertas siasatan dan masih dalam proses menjalankan siasatan terhadap pihak yang memberikan ugutan.” Kata pihak polis Fort Worth.

Manakala, bagi pihak pengurusan kumpulan BTS, BigHit Entertainment mereka memberitahu bahawa, pihak mereka tidak akan memandang remeh hal tersebut dan berjanji akan meningkatkan kawalan keselamatan sepanjang konsert itu berlangsung. 

“kami akan melakukan yang terbaik dan mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan BTS serta para peminat yang hadir. Sebelum ini kami juga ada menerima ugutan namun perkara itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus melakukan persiapan menjelang konsert seperti apa yang dirancangkan.” Jelasnya

Apapun, diharap siasatan yang dijalankan akan berjalan lancar bagi menjaga keselamatan semua pihak.

BTS yang turut dianggotai oleh Jungkook, V, J-Hope, Suga, RM, dan Jin ini turut popular menerusi lagu Fire, Not Today, DOPE, Run dan banyak lagi.

Sumber : Soompi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Feb 2022
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Demi Anak, Jasmin Hamid Sanggup Duduk Tepi Parit

Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja termasuklah…

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Dua Tahun Menghilang, Tukul Arwana Rindu Mengacara

Bekas pengacara Bukan Empat Mata ini mengaku rindu untuk mengusik dan melihat gelak tawa penonton di studio. 11 tahun beb mengacara, mestilah rindu kan?

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

Hiburan Tue, 14 May 2019
Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?