Hiburan By: Del14 October 20, 2019 @ 8:37pm

Kak Lina Pom Pom Dirisik! “Izinkan Aku Merasa Detik Ini”

Walaupun pernah berkahwin satu ketika dahulu dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015, ini tidak mematahkan semangat pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein untuk mengecap bahagia bersama pasangan hidup yang sesuai satu hari nanti. 

Alhamdullillah, majlis merisik penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, telah selamat dilangsungkan semalam di rumah kediaman keluarga Elly di Cyberjaya dan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.   

Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi (39) berkongsi kegembiraannya di laman instagram miliknya kerana menurutnya, ini merupakan pertama kali dia merasai pengalaman dirisik.

“Izinkan aku merasa detik ini,” ungkap Elly dalam kapsyennya.  

 
 
 
View this post on Instagram

Izinkan aku merasa detik ini❤? . Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2 . Dengan adanya majlis,Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain . Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini ❤ . Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda ❤ ..Lebarkan sayapmu . ?MAJLIS MERISIK AZLAN DAN ELLY MAZLEIN? . #MerisikCintaAzlanElly . ? Catering ? @mastarcatering.official . ? Videographer ? @picxelmotionfilms . ? Photographer ? @wvmphotography . ? Henna ? @hennabypuyep . ? Bunga ? @mad.about.bunga . ? Pelamin ? @answedding.events @firdausothmann . ? Pakaian ? @adam.r_lamaison . ? Sandwich -Breakfast ? @myno1sandwich, . ? Cake ? @madaboutcake_official . ? Chiavari chair ? @shahalamwedding . ?Pavlova @pavlovashahalam

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

 

“Meskipun acara ini lebih kepada adat, saya dapat rasakan diri ini dihargai kerana belum pernah merasai pengalaman itu.

“Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan dan ia memberi ruang kepada keluarga saya serta bakal suami untuk berkenalan dengan lebih dekat. 

“Alhamdullillah, saya sangat berterima kasih kepada bakal suami dan keluarganya kerana menerima saya seadanya,” katanya kepada BH Online. 

Elly mengenali kekasihnya yang diperkenalkan sebagai Azlan sejak Ogos tahun lalu tetapi tidak pernah berkongsi wajah atau foto kekasihnya itu kepada umum.  

Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen posting instagram tersebut dari rakan-rakan artis dan peminat penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini, seperti Fasha Sandha, Rashidi Ishak dan ramai lagi. 

Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia tetapi yang penting, Azlan dan keluarga dapat menerima dirinya walaupun berstatus ibu tunggal kepada puteri kesayangannya itu. 

Baca: ‘Bakal Suami Sediakan Rumah Untuk Anak’- Elly Mazlein Terharu Kesungguhan Si Dia

Apa-apa pun, Team Xtra berdoa agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan dan semoga perkahwinan ini membawa sinar bahagia yang baru buat Elly dan anak. 

Baca: Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Baca: Diusik ‘Used Car’, Elly Mazlein Minta Maaf Dengan Bakal Suami

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Aliff Syukri Terima Teguran Wardina Tapi…

Aliff Syukri meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada isterinya kerana dikhuatiri mengundang masalah berat.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Sementara itu, Aiman juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur.

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

3 Kali Tangguh Konsert Dangdut Milenia, Riezman Khuzaimi Tak Kuat Berdepan Kecaman Warganet

Netizen Malaysia memang akan kecam kaw kaw punya! Apa-apa pun, semoga segala urusan dipermudahkan🤲🏻

Events Thu, 9 Jan 2020

Kenapa Netizen Kecewa Dengan Noh Hujan?

Semoga apa yang berlaku dijadikan iktibar!

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Janna Nick sedih dikutuk gemuk, mahu buktikan dia boleh kuruskan badan.