Hiburan By: SGMS Faida March 1, 2019 @ 10:18am

‘Karakter Shuib Dan Ajak Lebih Kurang, Jadi…’ -Fizie Hot FM Puji Sikap Profesional Shuib

Selepas Ajak meninggalkan konti radio Hot FM baru-baru ini, tempatnya kini digantikan oleh pelawak Shuib Sepahtu.

Bagi rakan setugas di Geng Pagi Hot (GPH) Fizie, dia menyifatkan Shuib dan Ajak memiliki persamaan dari segi karakter.

“ Mereka berdua seperti semua sedia maklum memang dikenali sebagai pelawak. Tiada masalah untuk kami *blend* di konti memandangkan semua pun ‘masuk air’.

“ Menariknya, kami ingat bila ada orang baru itu bolehlah kami buli tapi Shuk juga tetap jadi sasaran ‘dibahan’. Alhamdulillah saya bersyukur dikurnia rakan sekerja yang sekepala.

“ Shuib juga sebelum ini berpengalaman lama dalam dunia penyampaian. Masing-masing faham peranan kerja sendiri,” katanya kepada XTRA.

Shuib mengisi kekosongan ditinggalkan Ajak Shiro yang sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai stesen radio terbabit.

Dalam masa sama, Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan berkata bekerja dalam pasukan trio di konti lebih mudah apabila Shuib mudah mendapat rentak.

“ Di konti, saya bertindak sebagai *ancho*, Shuk sebagai *killer* manakala Shuib sebagai *feeder*.

“ Baru dua minggu kami ke udara bersama, persefahaman itu semakin baik. Saya juga sudah mengenali Shuib sebelum dia menyertai GPH lagi, memang mudah,” katanya ceria.

Februari lalu, syarikat pengurusan Ripple mengumumkan penyertaan Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad dalam stesen radio Hot FM berganding dengan Fizie dan Shuk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Vicha Takut Dengan Lelaki?

Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik, Vicha…

Hiburan Tue, 23 Apr 2024
Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Remy Ishak Dedah Pernah Alami Depresi

Bagi saya real man akan face the problem

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Sambut Hari Jadi Ke 40 Tahun, Ini Doa Siti Nurhaliza…

Saya sangat bersyukur kerana pada usia ini, saya masih bertahan dalam industri muzik yang diceburi sejak usia 16 tahun…