Hiburan By: Syafiqa Irdina February 19, 2020 @ 12:53pm

“Kau Pergi Terlalu Awal Sahabatku” – Sazzy Falak Jumpa Ashraf Sinclair Buat Kali Terakhir

Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak bergegas terbang ke Jakarta untuk memberi penghormatan terakhir buat sahabatnya arwah Ashraf Sinclair sebaik sahaja menerima berita pemergian yang mengejutkan itu.

Sazzy yang merupakan teman baik Ashraf dilihat ditemani suaminya, Nazril Nash Idrus untuk melihat pengebumian Ashraf di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia pada Selasa lalu. 

Sazzy semestinya terkesan dengan pemergian teman baiknya lebih-lebih lagi apabila mereka pernah mengendalikan rancangan Beat TV dan juga membintangi drama Gol dan Gincu suatu ketika dahulu.

“Kamu Kelihatan Tenang Dan Indah Ash”

Menurut Sazzy yang berada di majlis pengebumian itu, Ashraf kelihatan sangat tenang dan semua proses serta urusan jenazah dipermudahkan.

 “Kamu kelihatan sangat tenang dan indah Ash. Semuanya berlaku seperti magik harini dan kami tiba disini dengan mudah tanpa halangan. Kasih sayang yang diberikan oleh semua sangat hebat kerana kamu seorang yang sangat baik dan penyayang. 
 
“Kamu telah menyentuh hati semua orang. Hati saya juga pilu tetapi saya juga bangga apabila melihat ramai yang menyayangi kamu,” tulisnya.

 

Sumber: Instagram Sazzy Falak

 

“Luruh jantung Ini”

Sazzy menceritakan semula bagaimana beliau terkejut apabila menerima perkhabaran duka itu di laman media sosial Instagram miliknya. 

“Saya masih mengimbas kembali momen ketika membaca mesej pemergian kamu pagi tadi dan bagaimana luruh jantung ini. Bagaimana berita yang disiarkan menyentap nafas ini. Saya sampai terlempar sandwic yang berada di tangan dan berlari ke Nash hingga terdiam tanpa bicara. Saya berikan telefon kepada Nash dan dia sendiri cukup terkejut. Kamu pergi terlalu awal sahabatku. Kamulah antara insan yang akan meyakinkan saya dalam suatu keadaan diri ini tidak pasti. Kamu juga sangat peka, sangat memahami dan cukup menyedari bagaimana proses hidup ini. Memori kamu akan terus hidup dan saya akan pastikan perkara itu. Saya harap kamu tenang di sana, Ash,” tulis Sazzy.

Sumber: Instagram Sazzy Falak

Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 4.40 pagi pada waktu tempatan. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Usahawan Sate Daging Batang Pinang Juara Pusingan Pertama ‘Usahawan Buletin FM’

Pusingan pertama Usahawan Buletin FM menyaksikan Nur Sabrina Anuar dari Sentul, Kuala Lumpur dengan idea perniagaan Sataysfaction; gerai sate daging batang pinang telah diangkat sebagai juara yang membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin […]

Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Hiburan Fri, 18 May 2018

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Apapun, diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap punca ataupun masalah yang membawa kepada keretakan rumahtangga mereka.

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Semoga cepat sembuh, Zizan Razak!

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

ZIZAN RAZAK DEDAH SIAPA WANITA LEMAH LEMBUT ITU

Tweet yang diletakkan dengan hashtag #lelakijangantertipu nyata mendapat perhatian peminat dan pengikut beliau seramai 2.64 juta di laman tersebut