Hiburan By: SGMS Faida April 24, 2018 @ 6:00am

Kenapa Madonna Tak Izin Seluar Dalam Dilelong?

Seluar dalam, surat cinta, kaset dan berus rambut antara 22 barangan penyanyi Madonna yang mahu dilelong!

Namun proses lelongan itu mendapat halangan apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Material Girl itu bersetuju! Ini atas alasan mencabuli hak peribadinya.

Namun pihaknya gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Mahkamah memutuskan beliau tidak mempunyai asas kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Darlene Lutz, seorang penjual seni dan bekas rakan yang membantu Madonna membina satu koleksi peribadi sebelum mereka bergaduh.

Lutz menjadi sumber utama terhadap 22 barangan termasuk surat cinta, kaset dan berus rambut yang mahu dilelong

Bagaimanapun, Hakim Gerald Lebovits dalam penghakimannya bersetuju dengan peguam Lutz bahawa pertikaian kedua-dua mereka sudah diselesaikan dalam satu perjanjian undang-undang pada 2004.

Lebovits juga mempersoalkan mengapa Madonna mensasarkan Lutz dan bukannya pembantunya yang didakwa penyanyi itu menyerahkan barangan berkenaan kepada penjual seni itu.

Antara barangan yang bakal dilelongkan termasuklah satu surat daripada Tupac pada 1995 sebelum penyanyi rap berkenaan mati ditembak setahun selepas itu.

Madonna hanya baru-baru ini mendedahkan hubungan rahsianya dengan Tupac itu.
Dalam suratnya kepada Madonna, Tupac berkata, imejnya akan terjejas sekiranya dia menjalinkan hubungan dengan wanita kulit putih.

Peguam Lutz turut memberitahu, lelongan itu turut termasuk sehelai seluar dalam yang diposkan Madonna kepada seorang kekasihnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tak Mahu Dibayangi Drama Nur, Amylea Sedia Tunjuk Taring di AJL-33

Amylea memberitahu tiada sebarang gimik akan dilakukan di pentas AJL 33 nanti.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Luar Negara Fri, 20 Oct 2023
Featured Mon, 21 Aug 2023

Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Ha tak ada niat pun nak sindir Aina Abdul, baik je niii 😉‘We are good and will always be’ – Datuk Zainal Abidin

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?