Hiburan By: Salma Syahbuddin March 24, 2018 @ 1:00am

Kilafairy Kini Popular Di Pentas Antarabangsa?

Pelakon drama Nafas yang disiarkan di ntv7 ini mengakui beliau tidak menyangka sama sekali bahawa single barunya yang berjudul Put The Word In yang juga menampilkan DJ Aku Ash dan Sean Kingston ini mendapat perhatian peminat dari negara luar.

Kilafairy, 26 berkata beliau sama sekali terkejut apabila mendapat tahu bahawa lagunya itu telah menduduki carta pertama iTunes di Papua New Guinea sejak dilancarkan pada 16 Februari lalu.

“Saya terkejut mendengar berita itu, mungkin melodi lagu itu bersesuaian dengan jiwa mereka kerana kebetulan penerbitnya adalah Brian B yang juga berasal dari negara tersebut. Pencapaian itu bagi saya cukup membanggakan kerana lagu ini memenuhi selera pendengar antarabangsa.” Jelasnya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran program terbaru terbitan ntv7 pada 21 Mac lepas.

Menurut Kilafairy, memandangkan lagu tersebut mendapat sambutan beliau juga berhasrat untuk mengadakan persembahan di negara itu. Melihat kepada sambutan positif itu, Kilafairy bersyukur usahanya itu mendapat perhatian pelbagai pihak. 

“Bayangkan proses rakaman lagu ini selesai tidak sampai sehari. Kingston juga membuat persiapan rapi sebelum ke studio, jadi kami tidak memerlukan banyak masa untuk menyelesaikan rakaman tersebut. Lagu itu siap dirakam dalam masa tiga jam manakala liriknya ditlis lengkap danmengambil masa 20 minit sahaja. Saya berharap populariti lagu ini akan membuat peminat menantikan kemunculan terbaru karya beliau.” Katanya.

Kilafairy juga turut menyatakan bahawa ini adalah masanya untuk beliau aktif dan diterima oleh peminat selepas 6 tahun mencari ruang dalam industri hiburan tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 30 Oct 2021
Events Fri, 15 Jul 2022
LIFESTYLE Mon, 11 Jun 2018

Malaysia Bakal Mula Projek Kereta Nasional Baharu

Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau.

Hiburan Wed, 10 Apr 2024

Neelofa Kongsi Wajah Abbas Di Hari Raya Pertama… Walaupun Kabur Netizen Tetap Teruja

Selebriti terkenal Neelofa tampil berkongsi foto raya bersama keluarganya, Harris Ismail dan anak-anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. Sedondon mengenakan pakaian serba merah jambu, Neelofa bagaimanapun telah mengaburkan wajah kedua-dua putera kesayangannya itu. “Eid Mubarak […]

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Hiburan Sun, 3 Mar 2019
Featured Tue, 8 Mar 2022

“Sebenarnya Lagu Ini Bukan Typical Love Song, Tetapi..” – Marsha Dedah Maksud Disebalik Lagu Cinta

Sangat deep makna lagu Cinta pada Marsha Milan 🥲 Apakah maksud lagu Cinta pada anda semua? 😉🤩