Hiburan By: SGMS Putri February 3, 2018 @ 6:07am

Kim Kardashian Kirim Hadiah Pada ‘Musuhnya’

Kim Kardashian satu nama yang tidak perlu dikenalkan lagi.  Aktres, model dan personaliti Hollywood ini sekali lagi menarik perhatian netizen apabila mengirimkan semua ‘haters’ dan ‘likers’ nya sebuah botol parfum terbaharunya sebagai hadiah “Hari Valentine” iaitu Hari Kekasih.

 

 
Menurut isteri kepada rapper, Kanye West yang baru melahirkan anak ketiganya, Chicago West,  pada 15 Januari lalu, kiriman hadiah tersebut adalah sebagai tanda kasih sayangnya sempena Hari Kekasih yang akan diraikan pada 14 Februari ini. Haruman edisi Valentime Kim Kardashian ini dikenali dengan nama ‘Bae,’ ‘BFF’ dan ‘Ride or Die’ di mana setiap kotak mempunyai makna dan warna yang berbeza.
 
Antara selebriti yang mendapat kiriman haruman ‘KKW Fragrance’ ialah  Taylor Swift dan bekas adik iparnya, Blac Chyna.  Namun ‘hadiah’ kiriman itu bagaimana pun dilihat sebagai tidak ikhlas oleh ‘musuh-musuh’ Kim yang selama ini masih bertikam lidah dengannya. 
 

 
Contohnya,  Blac Chyna, bekas isteri Rob Kardashion yang amat tersinggung dengan hadiah tersebut.
 
Ada yang mengatakan Blac takut menerima bungkusan hadiah itu yang dianggapnya mengandungi barang berbahaya atau pun bom.Malah bekas penari eksotis ini sangat membenci Kim lalu terus menghancurkan hadiah kiriman Kim, kata  sumber kepada Radar online.
 
Setiap packaging haruman Kim dibungkus dalam tiga warna:  Bae dalam rona biru, Ride or Die berwarna unggu manakala BFF rona merah jambu. 
 
Kononnya setiap warna melambangkan maksud berbedza dan dibungkus bersama dalam cokelat berbentuk hati serta dikirimkan melalui kiriman tangan. Pun begitu sebaik sahaja habis menyenaraikan list ‘haters’ nya Kardashian West melalui twiternya berkata. ” tidak semua orang yang terima parfum kotak ‘Bae’ tergolong dalam kategori musuhnya malah ada juga diantara rakan rapatnya  mendapat ‘Bae’ termasuk ibunya.
 
Jadi maksudnya? Anda fikirlah sendiri ya…
Credit pic: IG Kim Kardashian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

汇集「金视奖」精英!时代剧《守百年之约》513隆重启播

时代剧《守百年之约》一部汇集了历届「金视奖」精英的重头巨作!

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] Asyraf Khalid Beri Hadiah Kereta Tesla Pada Tya Arifin Sempena Anniversary Ke-7 Tahun!

Wahh, semoga terus dimurahkan rezeki buat pasangan bahagia ni 🤩❤️

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

10/10 AKSI CIUM BELLA DAN ENGKU EMRAN?

Namun, ugutan dari Bella itu disifatkan sebagai ugutan romatik dan rata-rata peminat menyifatkan pasangan ini adalah pasangan yang bahagia