Mentor Otai Kembali Menyengat!
By: Salma Syahbuddin
13 Mar 2018, 01:23 PM

Program realiti yang mencungkil bakat nyanyian masyarakat Malaysia kini tampil dengan konsep yang lebih baharu. Dengan menampilkan mentor yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air, Mentor Otai pastinya antara program yang bakal menyengat hujung minggu anda.

Tampil dengan nama-nama besar seperti Misha Omar, Tam Spider, Siti Sarah, dan Zarul (Umbrella), Mentor Otai kali ini dilihat sangat berbeza kerana, mengetengahkan barisan mentor yang mempunyai zaman kegemilangan masing-masing. Setelah menguji bakat lebih 1K peserta akhirnya, setiap mentor telahpun menemui protege-protege mereka. 

Antara barisan mentor 2018

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Integrasi Digital dan Perolehan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman berkata beliau sendiri berasa teruja kerana program ini sudah sampai ke waktu siarannya.

"Selesai uji bakat Mentor Otai bulan lalu, Program ini semakin hampir ke waktu bersiarannya. Kami berasa teruja dengan konsep baharu Mentor. Ini kerana, ia mengambil peserta-peserta yang lebih berumur berbanding edisi-edisi Mentor yang terdahulu. Kami berharap agar para penonton dapat memberi peluang kepada protege Mentor Otai ini untuk menunjukkan bakat mereka dan menggapai impian mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana barian mentor kami adalah daripada mereka yang sudah berpengalaman dalam industri muzik tanah air." Jelasnya

Antara barisan protege yang bakal berentap di pentas Mentor Otai pada 18 Mac 2018

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Elly Mazlein, kesemua protege yang terpilih akan membuat persembahan pada setiap minggu dan akan diadili oleh juri tetap yang akan memberikan markah sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan markah, manakala 20 peratus markah daripada juri awam, dan 30 peratus undi adalah berdasarkan undian atas talian melalui portal www.xtra.com.my/mentorotai yang akan mula dibuka pada 25 Mac ini.

Agaknya, siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 ini? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Otai pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 18 Mac 2018 ini, atau boleh menyaksikan siaran secara langsung menerusi tonton.com.my!



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Nak Tengok Gelagat Sajat Rekod Album Makhluk Penggoda?

Sajat Dilabel 'Makcik Bawang'?

Meghan Markle Sahkan Bapanya Tak Hadir Perkahwinan Diraja

Bella Enggan Ulas Punca Cerai, Mahu Move On

Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Netizen Tak Suka Kalau Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa?

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta