"Menulis Bukan-Bukan Dan Tanpa Usul Periksa" Anuar Zain Kata Netizen Kurang Ajar!
By: Salma Syahbuddin
17 May 2018, 05:03 AM

Penyanyi yang popular menerusi lagu Lelaki Ini jarang sekali terpalit dengan isu kontroversi yang bisa membuatkan dirinya dihina atau dikutuk oleh netizen.

Namun, baru-baru ini Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada Ziana Zain ini tampil memberikan kenyataan bahawa netizen seharusnya tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi terhadap isu berkaitan situasi rumah tangga kakaknya.

Sumber : Instagram @Iamzianazain

Malah, tindakan netizen yang menulis sesuka hati tanpa usul periksa dan research itu dianggap sebagai kurang ajar.

"Netizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkalnya. Kalau boleh hormatlah kakak saya dan situasi yang dihadapinya sekarang." Katanya

Bagi Anuar, kakaknya itu disifatkan sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab, setia dan tidak akan mengabaikan anak-anaknya walaupun beliau sibuk dengan mana-mana event dan sebagainya.

"Kakak saya seorang wanita yang setia. Saya kenal hati budinya. Anak-anaknya pun lagi rapat dengan kakak kerana dia penyayang. Kalau marah, ada jugalah sikit tetapi, tidaklah sehingga menakutkan anak-anak. Sesibuk mana pun kakak saya bekerja, dia tetap akan beri perhatian kepada anak-anaknya." Jelasnya

Betul lah kata Anuar Zain, sebelum netizen menulis sesuatu dilaman sosial atau dimana-mana sekalipun, netizen kenalah memeriksa asal usul dan kebenaran sesuatu cerita yang ingin disampaikan. 



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Pasal Uban Meghan Markle, Netizen ‘Naik Hantu’!

Kawan-Kawan Jadi Penguat Semangat - Hael Husaini

Geram! Ini Luahan Serina Redzuawan Terhadap Bekas Suami

Jangan Salah Anggap, Saya Bukan Gila Glamour

Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Meghan Markle Sahkan Bapanya Tak Hadir Perkahwinan Diraja

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta