Hiburan By: SGMS Fas March 14, 2018 @ 1:28am

Mia Ahmad beranikan diri umum hamil!

Patutlah dah lama  tidak kelihatan atau  kedengaran kisah pelakon Samihah Ahmad Baderi, 30, atau lebih dikenali dengan nama Mia Ahmad.

Rupa-rupanya Mia menyepikan diri untuk berehat kerana hamil.

Berita kegembiraan setiap pasangan suami isteri itu dikongsikan Mia melalui laman Instagramnya yang memaparkan bayangan gambar ibu mengandung dengan tanda pagar #expectingmother.

Pelakon ‘Mr. Boss, Miss Stalker’ ini yang sering menulis dalam bahasa Inggeris menyebut,”Dengan perasaan terima kasih dan penuh syukur, saya ingin mengumumkan bahawa saya kini sedang hamil.”

Mia bagaimana pun tidak menyebut berapa bulan kandungannya namun daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik  dalam laman sosial tersebut sebelum ini tidak kelihatan lagi ‘baby bump’ jadi mungkin kandungannya masih dalam peringkat awal.

Pada awalnya Mia memberitahu agak bimbang untuk membuat pengumuman gara-gara pernah keguguran sebelum ini namun mengambil keputusan untuk berkongsi berita kehamilannya itu selepas merasakan dugaan lampau membuatkannya lebih berani untuk berdepan kenyataan.

Bersama suami tercinta.

Kesempatan memuat naik khabar gembira itu turut diselitkan dengan permintaan maaf kepada pihak produksi  dan media kerana terpaksa menolak beberapa tawaran serta temuramah.

Saya harap semua orang memahami keadaan saya dan saya minta maaf jika ada di antara kalian yang terasa,” tulis Mia dengan alasan mahu menjaga kesihatan serta kandungannya.

Mia berkahwin dengan Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Tahniah Mia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Jul 2018
Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Siti Saleha ‘Berguru’ Dengan Ogy Ahmad Daud?

Bagus Siti Saleha! Sentiasa rasa rendah diri walaupun seorang pelakon yang hebat!

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Featured Thu, 26 May 2022

Halusinasi Dipercayai Punca Remaja Tikam Ibu Sedang Tidur

Allahuakbar… ibu masih dalam keadaan sangat parah

Hiburan Fri, 6 Sep 2019