Hiburan By: Del14 October 18, 2019 @ 2:30pm

“Mula-Mula Saya Sangkakan Depresi..Tetapi Kini Mungkin ‘Benda’ Lain.. – Remy Ishak Beri Bayangan Disihir?

Pelakon filem Sangkar, Remy Ishak mengaku melalui perkara pelik sejak kebelakangan ini. Selepas Remy memuat naik instastory yang memberi bayangan seperti dia disihir semalam, ramai yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi?

Hari ini, pelakon yang digelar Hero Malaya ini tampil untuk menjelaskan postingnya itu melalui IG Live beberapa jam yang lalu. Menurut Remy,  telefonnya tidak henti-henti berbunyi dari rakan wartawan yang ingin mendapatkan cerita sebenar, jadi dia memilih untuk bercakap secara tidak langsung kepada semua peminat di platform IG Live.

Kata Remy, pada mulanya dia fikir dia sedang menghadapi depresi atau gangguan emosi dan mental kerana sejak akhir-akhir ini dia seperti bukan dirinya yang dahulu.

“Sejak beberapa minggu dan bulan yang lalu, saya banyak buat benda-benda yang saya sendiri tak mahu buat.  Saya pergi ke tempat-tempat hiburan walaupun itu bukan diri saya yang sebenar.. dan saya tak gembira pun..seolah-olah ada ‘energy’ (tenaga) yang mendorong saya ke sana dan lakukan perkara-perkara yang bukan dari kehendak saya sendiri. 

Keadaan emosinya yang tidak stabil membuatkan fikiran dan perasaannya bercelaru.  Remy juga mengatakan bahawa tiba-tiba dia lagi suka menyendiri dan tidak bercampur dengan orang lain.  Tetapi bila keseorangan, perasaannya berkecamuk.

Dia dikatakan mengalami ‘mood swings’ seperti tiba-tiba diselubungi perasaan yang sedih amat sangat, suka berfikiran negatif, cepat rasa marah sehingga enggan keluar rumah kerana takut hilang kawalan.

“Saya tak faham kenapa saya nak rasa depressed atau tertekan kerana secara amnya, kerjaya saya dalam keadaan yang amat baik, kedudukan kewangan saya juga stabil dan kukuh, semuanya baik, jadi kenapa saya jadi begini??”, luah Remy lagi. 

Jadi atas dorongan kawan-kawan dan pengurusnya, Remy memutuskan untuk mencuba perubatan Islam selepas mengambil ubat-ubatan moden tetapi masih rasa sedemikian. 

“Saya berjumpa dengan seorang ustaz yang berubatkan saya dengan ayat-ayat ruqyah, dan dengan secara tiba-tiba ada suatu ‘benda’ yang mengambil-alih badan saya.

” ‘Benda’ tu mula menangis…kemudian gelak, mengilai yang sangat panjang.  Saya pun terperanjat tapi tak mampu lakukan apa-apa.  Mulut dan badan seperti terkunci, tak boleh bercakap mahupun bergerak. 

“Selepas insiden itu, pandangan saya yang mungkin saya mengalami depresi, berubah.  Ianya mungkin benda lain! Walau bagaimanapun, saya tetapi akan bertemu dengan pakar psikiatri untuk mendapat pandangan tentang keadaan saya,” ujar Remy. 

Namun, kerana kekangan masa, Remy menangguhkan sesi IG Live tersebut pada waktu lain dan berjanji untuk berkongsi kisah selanjutnya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

‘Saya Panik’- Eizlan Yusof

Anaknya, Zareef, 9 terbabit kemalangan di Sabak Bernam, awal hari ini.

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

蔡琴一场接一场!2020年6月重返云顶舞台

错过了今年六月在云顶云星剧场举办的《2019有琴有艺》蔡琴演唱会的歌迷朋友,好消息来啦!

Featured Wed, 7 Jun 2023
Events Sat, 9 Jun 2018

Festival Anggun Life Himpun Selebriti Paling Ramai!

Nak tahu meriah tak meriah Anggun Life kali ini? Kenalah baca artikel yang kami dah sediakan!

Hiburan Thu, 26 Sep 2019

ABPBH, Majlis Anugerah Hiburan Paling Lama Di Malaysia Capai Hampir 6 Juta Penonton!

Majlis berprestij Anugerah Bintang Popular BH 32 (ABPBH 32) yang berlangsung pada 22 September lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berjaya mencecah 5.8 juta penonton! Sumber dari Nielsen Audience Measurement merekodkan rancangan ini berjaya […]