Hiburan By: Del14 December 31, 2019 @ 10:31pm

Nabila Razali Tak Mahu ‘Gedik’ Lagi

Jika sebelum ini, Nabila Razali atau lebih mesra dipanggil Bella ini cukup popular dengan lagu bergenre ‘keanak-anakan’, dia bakal melakukan sesuatu di luar kotak untuk tahun 2020 nanti.

Kata Bella kepada XTRA, dia enggan lagi terus membawakan imej yang sama pada tahun depan.

“Setakat ini Bella sudah ada 4 single. Tahun 2020, mungkin Bella akan keluarkan single terbaru, InshaAllah…sebab team Bella masih mencari lagu yang sesuai, dah lama juga hampir setahun tapi biar lambat asal selamat lah. 

“Bella nak keluar dari kepompong lagu-lagu rancak atau ‘gedik’.  Kalau nak cuba nyanyi lagu dangdut, macam lama lagi je…kalau nak menyanyi lagu rock pula, suara Bella tak sesuai. Biarlah lagu tu sesuai dengan halwa telinga pendengar. 

“Kalau nak cakap pasal konsep, Bella teringin nak rakamkan lagu ballad sebenarnya sebab kalau Bella kekalkan konsep yang sama untuk single terbaru ini, benda tu dah boleh dijangka, nanti orang bosan pula. 

“Sejujurnya, Bella dah terima beberapa demo tapi kami amat ‘fussy’ bab pemilihan lagu bukan sebab apa, tapi Bella sedar kemampuan vokal Bella tahap mana, jadi lagu yang dipilih nanti biarlah betul-betul bersesuaian dengan vokal dan ‘jiwa’ Bella,” katanya sewaktu ditemui di majlis pelancaran Mek Kembang Baby Jr berlokasi di Bites Dessert Bar, Kuala Lumpur, hari ini. 

Bercakap tentang impian 2020 Bella, penyanyi itu berkata dia berharap kali ini dapat menghasilkan album yang mempunyai pemilihan lagu yang banyak dan harapannya untuk berduet akan tercapai. 

“Dulu ada plan nak rakamkan lagu duet, tapi dah ada orang lain yang berduet dengan penyanyi pilihan team Bella, jadi Bella tak nak lah repeat apa yang orang lain dah buat. Biarlah Bella cari rakan duet baru supaya nanti kami tak dibandingkan.

“Sebenarnya negara kita ramai bakat-bakat baru, jadi apa salahnya Bella cari rakan duet dari kelompok itu kan? Bella tak boleh nyanyi dengan penyanyi seperti Anuar Zain, sebab vokal kami tak sama…yang mungkin Bella boleh fikirkan adalah penyanyi seperti Ismail Izzani dan Sufian Suhaimi. Apa-apa pun Bella dah ada list sendiri, cuma kita mampu merancang je, kata putus adalah dari pihak pengurusan Nabila Razali,” kata pelantun lagu Vroom Vroom itu.

Terbaharu, Nabila akan digandingkan buat pertama kalinya dengan pelakon, Aeril Zafrel  dan sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Seindah Tujuh Warna Pelangi bagi Slot Akasia di TV3 yang akan ditayangkan pada Februari 2020 nanti.  Drama ini juga dibintangi oleh Datuk Jalaludin Hassan, Wilma, dan Elly Mazlein. 

Oleh: Fas

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Betul Ke Kaer Dan Amylea Tak Ngam?

Dihadiri lebih 400 penonton yang terdiri daripada peminat Kaer dan Amylea, showcase itu turut membariskan himpunan lagu popular seperti My Boo, Sinaran, Satu, Best Part dan Manusia Kuat selain lagu popular Kaer, Tak Pernah Hilang

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

小S被爆接演「道明寺家的女人」经纪人证实了!

中国版《流星花园》准备开拍,由偶像剧教母柴智屏重掌制作人,是否会找来前作的F4、大S回归,受到各界好奇!最新消息爆出,道明寺的妈妈或姐姐会是走红两岸的小S!

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Kenapa Elyana Menyesal?

Tidak pernah menipu, Elyana nyata kesal dengan tindakan dan tohmahan netizen terhadap dirinya.

Featured Tue, 24 May 2022

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Betul cakap Meerqeen, penonton nak tengok drama bukan nak tengok gimik…