Hiburan By: SGMS Faida April 16, 2018 @ 8:17am

Penantian 12 Tahun Berakhir, Konsert Radja Malaikat Cinta 14 Julai Depan!

Lama rasanya kita tak lihat Kumpulan Radja beraksi di Malaysia kan? Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Jujur ini bakal menghiburkan para peminat pada 14 Julai depan. Wow, tak sabar ni nak tengok Radja perform!

Konsert yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei ini ditunda ke tarikh baru bagi memberi ruang serta menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum pada 9 Mei.

Konsert Radja Malaikat Cinta ini bakal berlangsung di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Dibarisi oleh Indra (bass), Seno (drum), Moldi dan Iandhika selaku vokalis Radja, konsert ini diadakan selaras dengan kemunculan single terbaru mereka berjudul ‘Malaikat Cinta’. Untuk pengetahuan semua, lagu ini telah pun dilancarkan di Jakarta pada 19 Mac lalu.

 

Pada konsert ini nanti, mereka akan bawakan single terbaru ‘Malaikat Cinta’ dan akan ada kejutan istimewa! Apa agaknya itu ya?

“ Radja kini sudah berusia 17 tahun, harusnya persembahan lebih matang. Kami akan mempersembahkan sesuatu yang baru! Kalau di Indonesia, saya pernah hiburkan peminat dengan membuka kaca mata. Tapi kalau di Malaysia saya belum pernah lagi. Anda kena datang dan lihat sendiri,” kata Ian di sidang media Konsert Radja Malaikat Cinta di Restoran Rebung Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Terdahulu, Radja pernah hadir ke Malaysia bagi mengadakan konsert pada tahun 2006. Tempoh yang agak lama untuk membuat kemunculan semula ya? 

“ Nama juga konsert, persediaannya harus sempurna. Kami memang perlukan waktu yang agak lama, kami dah bersedia!,” jawab Ian.

Konsert Radja Malaikat Cinta selama dua jam ini juga akan memperlihatkan kumpulan rock legend ini mempersembahkan lagu-lagu popular artis Malaysia pada malam itu nanti!

Tiket-tiket dijual pada harga RM285 ( VIP- duduk dan majlis ‘moktail’ sebelum konsert), RM 215 (platinum), RM 165 (Gold), RM 125 (Silver) dan RM 85 (Bronze).

Korang boleh dapatkan tiket di www.airasiaredtix.com secara online. Peminat juga boleh dapatkan tiket melalui kedai muzik Rock Corner di The Garden Mid Valley, Victoria Music di Sg Wang dan Amcorp Mall serta Artists Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Selepas Ironman, Alif Satar Dinobat Personaliti Tahun 2019!

Apa saja yang Alif Satar tak mampu lakukan?

Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Doakan Mamat Khalid…

Semoga diberi kesembuhan buat abang Mamat Khalid. Amin YRA!

Hiburan Sun, 18 Aug 2019
Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Muna Shahirah Kongsi Pengalaman Ditinggal Kekasih Dalam Suratan Luka

Besar harapan saya agar Suratan Luka dapat dimainkan di corong radio seterusnya diterima baik oleh pendengar.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Drama Thu, 17 Nov 2022