Hiburan By: Salma Syahbuddin February 13, 2020 @ 6:36pm

Percutian ‘Rare’ di Wetlands, Ini Lokasi Instaworthy Terkini di Setiu Terengganu!

Selepas keindahan Pantai Penarik di Setiu yang tular menerusi beberapa filem termasuk Pulang, Polis Evo, Hikayat Merong Mahawangsa, Bunohan dan banyak lagi; Setiu daerah unik di Terengganu ini terus menyimpan lokasi indah semulajadi menanti kehadiran korang untuk diteroka!

Paling menarik, Setiu antara daerah yang boleh dikunjungi sepanjang tahun termasuk musim angin monsun, nah.. tak dapat masuk ke pulau taman negeri? Setiu punya lokasi ‘instaworthy’ setaraf negara Eropah, malah menempatkan senibina istana klasik yang berusia ratusan tahun!

Usai kunjungan santai ke lokasi Tanah Bencah terbesar di pantai timur, kami temui beberapa lokasi indah cocok buat ‘sweet moment’ korang! Nah, ini senarai lokasi wajib korang kunjungi di Setiu, Terengganu.

1. Terrapuri Heritage Village

Terrapuri membawa maksud istana lama. Binaan istana tradisi yang berusia lebih 100 tahun dikumpul dari zaman kerajaan Langkasuka dan dikumpulkan di pesisiran pantai Penarik. Banyak ‘spot’ menarik di keseluruhan 29 buah kawasan istana tradisi Melayu Terengganu untuk momen korang! Waze sahaja – Terrapuri!

2. Rumah Botol

Dari jauh, sosok tua Tokki atau nama sebenar Tengku Mohd Ali Tengku Mansor akan menyambut kehadiran korang ke teratak warna-warni beliau yang dipenuhi ribuan botol kosong namun terhias indah di sebalik sapaan bayu lembut Laut China Selatan. Bermula dengan niat membersihkan pantai daripada botol kaca yang hanyut, akhirnya menjadi sebuah hobi dan tarikan buat pelancong – cocok buat kamu yang mahukan kelainan bergambar!

3. Rivercruise di Laguna Setiu – teroka Setiu Wetlands!

Ambil bot di jeti Setiu dan selusuri keindahan dunia ‘Wetlands’ seluas 23 hektar! Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza – iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Singgah ke sangkar ikan dan korang boleh cuba aktiviti memancing mahupun merasai tiram segar mentah!

4. Boardwalk Setiu

Usai menyelusuri beberapa pulau di sekitar Wetlands, bot korang akan berakhir di jeti Boardwalk Setiu. Sebuah usaha pemuliharaan tersusun kawasan Wetlands, ekosistem ini mengekalkan kelangsungan 161 spesis burung, 49 jenis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau dan 29 spesis mamalia. Malah, ianya adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau. Jangan lupa bergambar dengan tumbuhan unik Pokok Berus Mata Buaya dan Buah Sarang Semut yang hanya terdapat di Setiu Wetlands!

5. Padang Savanah Pengkalan Gelap

Nah, tak perlu jauh ke benua Afrika ataupun Australia untuk bergambar di padang savanah! Korang boleh menikmati momen bergambar sepuas hati tanpa gangguan daripada haiwan liar seperti antelp ataupun zirafah! Waze – Pengkalan Gelap dan korang akan temui sebuah padang rumput seindah mata memandang!

 

Jeti Nelayan Kampung Fikri

Sebuah jeti terpencil namun tak kurang umph untuk korang yang gemar bergambar. Tak percaya, lihat gambar berikut!

 
 
7. Paling Viral – Pantai Penarik

Pastinya pilihan akhir kami adalah Pantai Penarik! Sebuah lokasi yang tidak asing buat peminat filem tempatan. Banyak ‘port’ indah boleh korang selusuri di sepanjang pantai ini. Nah, kami sajikan terus yang berikut buat inspirasi korang!

 
Dah ke Setiu, jangan lupa singgah menikmati KLCC (Keropok Lekor Cicah Colek), ICT (Ikan Celup Tepung) dan UV (Udang Viral) di pesisiran Pantai Penarik! Nak tahu lebih lanjut tentang percutian unik Setiu Wetlands, korang boleh ke www.tourismterengganu.com!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023
Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] “Ni Baru Betul! Aku Tak Suka Aku Akan Block,” – Tukar Lirik, Netizen Terhibur Lagu ‘Swipe’ Versi Sajat

Sajat ni kan 🤣🤣🤣 ‘Aku ada type, kalau aku tak suka, aku tak suka aku akan block… block. Anjingg block’ 🤣🤣🤣 Terhibur min 🤣🤣

Featured Tue, 23 May 2023
Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Selamat Hari Jadi Pokemon

Saksikan pengembaraan Pikachu dan Ash dalam pencarian Pokemon Lagenda bernama Ho-Oh

Trending Sun, 10 Apr 2022

Jangkitan Anjing Gila Punca Kematian Seorang Lelaki di Selangor

Penyakit anjing gila dikesan di Selangor menyebabkan kematian seorang lelaki.

Featured Mon, 1 Aug 2022
Hiburan Wed, 12 Oct 2022