Perhatian Ejen!

Demam Mamak Maju sudah bermula! Filem animasi tempatan kegemaran ramai kini tampil dengan cabaran Tik Tok Ejen Ali The Movie menerusi lagu Mamak Maju, Servis Laju!

Mudah sahaja! Kalau korang merupakan peminat dan pengguna tegar aplikasi platform Tik Tok, jangan lepaskan peluang untuk  sertai cabaran ini tau!

Apa yang korang perlu lakukan ialah, muat naik video tarian Mamak Maju yang paling win dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan berupa telefon bimbit HUAWEI Mate 30! 

 

 

Hadiah Utama

Tiga pemenang bertuah yang paling kreatif bakal memenangi hadiah utama berupa telefon bimbit HUAWEI Mate 30, T-shirt eksklusif Ejen Ali beserta Poster & Fail Ejen Ali. 

Hadiah Saguhati 

Manakala, 20 orang pemenang yang bertuah bakal mendapat hadiah saguhati yang berupa T-shirt Ejen Ali The Movie dan Fail Ejen Ali. Ingat! Hadiah saguhati ini terhad untuk 20 orang yang bertuah sahaja.

Bergerak pantas Ejen! Kerana cabaran ini akan tamat pada 24 Disember 2019! Dan, nama-nama bakal pemenang yang bertuah akan diumumkan di aplikasi Tik Tok pada 26 Disember 2019 nanti mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

So, tunggu apa lagi, jom sokong Mamak Maju Dance Challenge!

Bertindak segera la dey!