Events By: Ad Ops July 19, 2018 @ 7:49am

Rancangan Muzik Misteri, I Can See Your Voice Malaysia, 4 Ogos Nanti!

Menggunakan konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan oleh CJ E&M, muncul I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) versi Bahasa Malaysia yang akan menggandingkan Syuk Sahar dan Alvin Chong sebagai hos serta turut menampilkan artis jemputan yang pastinya akan menghangatkan malam Sabtu anda!
 
 
Program ini akan menampilkan tiga penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul serta seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan. Wow!
 
Tugas para penyiasat adalah untuk membantu artis jemputan mendedahkan siapakah agaknya penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang.
 
Enam orang penyanyi misteri akan diperkenalkan, dan artis-artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang pada setiap pusingan.
 
 
 
Setiap penyanyi misteri yang disingkirkan akan ke pentas penentuan di mana mereka akan memperdengarkan suara sebenar mereka. Dan, sekiranya penyanyi misteri yang terakhir merupakan penyanyi sebenar, beliau secara automatik akan menyertai Showcase ICSYVMY. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3, 000.
 
Ingin ketahui siapa penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang? Saksikan ICSYVMY yang bakal menemui penonton bermula 4 Ogos 2018 pada setiap hari Sabtu, pukul 8.30 – 10.00 malam hanya di saluran ntv7!

Anda juga boleh ikuti rancangan ICSYVMY melalui portal video tonton di www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 31 Jul 2023
LIFESTYLE Thu, 2 Aug 2018

Cara Hilang Stress Berpanjangan

Jangan di simpan didalam hati kerana stress atau ‘depression’ boleh membunuh dalam diam

Featured Fri, 4 Nov 2022
Events Wed, 20 Nov 2019

FT ‘Deactivate’ Instagram, Tegur Hazama Pasal Apex?

Harapnya ada harapan FT Feat Apex kan?

Featured Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Fattah Amin dan Eric Chou Bergabung Dalam OPPO F11 Pro

Hero pujaan malaya, Fattah Amin bergandingan bersama bintang Asia terkenal iaitu  Eric Chou sebagai duta dan ikon OPPO F11 Pro pada tahun ini. Kalau korang nak tahu kenapa dua selebriti terkenal ini dilantik menjadi duta […]