Hiburan By: Salma Syahbuddin April 11, 2018 @ 3:47am

Realiti Atau Publisiti? Alina Mentor Otai Mohon Bantuan

Itulah nasib yang menimpa protege kepada Siti Sarah Raissuddin apabila beberapa hari lepas timbul satu berita mengatakan beliau telah dihalau oleh tuan rumah kerana tuan rumah berkenaan ingin mengambil semula rumah tersebut.

Justeru itu, ramai netizen menganggap bahawa isu seperti ini agak cliche untuk dibangkitkan lagi bagi meraih undi dan populariti. Al-maklumlah bagi mereka, rakyat Malaysia mudah termakan simpati.

Justeru itu, Siti Sarah turut tampil memberikan kenyataan bahawa dia menolak dakwaan tersebut kerana beliau sendiri bersedia untuk memberikan pertolongan pada protege nya itu.

 

Siti Sarah juga sangat terkejut apabila mendapat tahu protegenya itu sudah tiada tempat berteduh kerana, sepanjang bersama Alina, beliau langsung tidak pernah bercerita tentang hal-hal peribadi beliau.

“Sejujurnya saya baru tahu mengenai perkara ini semalam kerana sepanjang bersama Alina, dia tidak pernah menceritakan tentang masalah tersebut. Tapi, saya perasan tumpuannya agak sedikit terganggu dalam pertandingan namun telah anggap hal itu berlaku biasa apabila bertanding program nyanyian. Dia banyak menghabiskan masa menjalani latihan vokal di rumah saya sejak pertandingan bermula. Dan, sepanjang program Mentor Otai ini berlangsung, dia boleh tinggal di rumah saya dan sedia mendengar permasalahannya itu.” Jelas Sarah.

Alina turut mengakui diminta keluar dari rumah tersebut dan dia juga mempunyai masalah kewangan. Oleh sebab itu, dia kini tinggal di hotel yang disediakan oleh pihak produksi sepanjang terbabit dalam program ini.

Apapun, janganlah kita membuat tuduhan tuduhan tanpa bukti yang kukuh. Kerana, apa yang penting sekarang ini ialah membantu Alina dan anak-anaknya mencari tempat tinggal dan meringankan beban belia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

「WOW Your Home」竞赛成绩出炉!风水大师上门指点

「WOW Your Home」竞赛成绩出炉!风水大师Kenny Hoo亲自上门,提供风水咨询迎接春节的到来。

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

BRAD PITT IS WILLING TO PAY RM500K TO GO ON A MOVIE DATE WITH EMILIA CLARKE

Apparently, Brad Pitt is a huge fan of Daenerys Targaryen and would love to watch the premier of Game of Thrones with her!

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Kaka Azraff Masuk Pasaran Indonesia

Insya Allah jika sambutan baik dan orang mula mengenali saya mungkin itu masa sesuai untuk saya kembangkan muzik saya di Indonesia.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023