Hiburan By: SGMS Faida April 18, 2018 @ 8:47am

Sah! KRU Umum Bubar, Konsert Terakhir 6 Mei

Rasanya siapa yang lahir pada tahun 70 an atau 80 an pasti sedih mendengar berita ini! 

Kumpulan yang cukup popular sejak dua dekad lalu, KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan kumpulan itu akan dibubarkan selepas konsert terakhir mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini.

Menurut Norman selaku ketua kumpulan, keputusan ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga adik beradik ini.

” Konsert ini kami anggap sebagai satu konklusi kepada perjalan karier kami sejak 25 tahun lalu dan juga sebagai hadiah penutup buat semua peminat KRU selama ini.

“ Kami mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing. Dengan ini kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi,” kata Normal yang mengalirkan air mata pada sidang media konsert Gergasi KRU25 di Impiana KLCC, hari ini.  

Norman turut memberitahu, single bertajuk Tahan Lama sebuah lagu duet bersama Joe Flizzow merupakan single terakhir KRU.

Kredit gambar: Sidang Media Tergempar Konsert Gergasi KRU25

Kepada peminat-peminat trio popular ini, korang kena datang ke Istana Budaya agar tidak terlepas menyaksikan konsert terakhir KRU selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

“ Terima kasih kepada semua peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh

Featured Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Wed, 17 Apr 2019
Featured Thu, 1 Jun 2023
Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Will Pan Becomes Timberland’s Brand Ambassador in Support of Environmental Sustainability

Will hopes that his fans and everyone else will be more aware of the current environment issues and take steps towards curbing it.