Hiburan By: Salma Syahbuddin December 18, 2018 @ 3:33pm

Salah Ke Kalau Alvin Chong Nak Tiru Imej Penyanyi K-Pop?

Wah, siapa berani cakap Alvin Chong tiru gaya artis Kpop ni? 

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Alvin Chong terkilan apabila sesetengah pihak melabel beliau meniru imej  artis Kpop dalam single terbarunya berjudul Tajam.

Namun, niat Alvin dalam menampilkan sesuatu kelainan disalah tafsirkan oleh segelintir pihak. Bagaimanapun, Alvin menyifatkan kata-kata negatif seperti ini sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk memperkenalkan bakat yang ada dalam diri anak jati Pulau Pinang ini.

 

” Saya tidak faham dengan mentaliti masyarakat kita yang selalu sangat mengaitkan lagu rancak dan tarian sebagai identiti artis Kpop. Sebelum ni pun, Ismail Izzani dan As’ad Motawh juga dikecam kerana membawakan lagu bergenre rancak dengan selitan tarian bersesusian dengan lagu”

” Mereka perlu berfikiran terbuka dan menerima usaha kami yang cuba mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik.” Katanya

Tambahnya lagi, Tajam memerlukan beliau memasuki kelas tarian sebagai salah satu persediaan ketika tampil beraksi diatas pentas nanti. 

” Memang pada permulaan agak kekok kerana saya tidak biasa menari tetapi sekurang-kurangnya saya  berani mencuba dan jika ianya berhasil saya akan kekalkan konsep ini untuk single seterusnya nanti. Jelasnya.

Terdahulu, Alvin pernah tampil dengan single berjudul Mencintaimu berkata, Tajam yang dihasilkan oleh Aud Mok dan Naim Daniel berkisarkan tentang sikap segelintir manusia yang suka melemparkan kata-kata berbisa tanpa mengambil kisah perasaan orang lain.

Nak tahu macam Kpop ke tidak, jom kita layan Alvin Chong menari!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 24 Aug 2018

Hanya Celup, Cicah Dan Rasai Keseronokkan Dunk & Dip Hanya Di KFC

Rasai kelazatan dan kenikmatan hidangan terbaharu KFC Malaysia pastinya menjilat jari dengan Celup dan Cicah! 

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Hurm… tak baik tau pisahkan seorang ayah dan anak-anak. Toleransi harus ada, semua berhak bahagia.

Events Sat, 2 Nov 2019

Ini Senarai Penuh Pemenang #ASK2019 Yang Patut Korang Tengok!

Tahniah Diucapkan buat semua pemenang #ASK2019