Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!
By: SGMS Faida
13 Jun 2018, 05:17 AM

“ RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAY!!!” tulis pelawak, Achey di laman Instagramnya, hari ini.

Selepas lapan tahun menanti, Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya dikurniakan seorang bayi angkat.

Bayi perempuan yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 6 Ramadhan lalu diberi nama Tiara Zinnirah Nasir.

Alhamdulillah, Allah swt telah memakbulkan doa Achey dan isteri selama ini untuk mendapatkan cahaya mata.

"Assalamualaikum. Bismillah... Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

"Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu," kata Achey menerusi laman Instagramnya.

Achey turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu di laman Instagram dan mendapat perhatian pengikutnya.

Kata Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, ada yang membuat andaian isterinya berada di kampung selama sebulan disebabkan perselisihan faham.

"Selama hampir sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang,” tulisnya.

Achey berharap para peminatnya dapat mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan menerima baik kehadiran permata baru mereka, Tiara Zinnirah.

Tahniah Achey dan isteri. Nampaknya Syawal kali ini pastinya lebih indah dan meriah. Syukur selalu...



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Gara-gara Backup Neelofa, Elfira Loy Gaduh Dengan Peminat?

Janna Nick Makin 'Membawang' Lepas Jadi Hos Melodi

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Bella Enggan Ulas Punca Cerai, Mahu Move On

Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Nora Danish Menangis Kerana Bayinya Dikecam Netizen?

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta