Hiburan By: SGMS Enal May 17, 2018 @ 4:46am

Seungri Duta Tinder Korea Selatan

Aplikasi Tinder bukan sesuatu yang asing lebih-lebih lagi buat individu yang mahu mencari pasangan hidup.

Terbaharu, Seungri ahli kumpulan Big Bang telah dilantik menjadi duta Tinder di Korea Selatan disebabkan populariti bintang itu yang dijangka mampu menarik lebih ramai pengguna.

Menerusi lantikan itu, wajah Seungri akan kerap muncul di iklan-iklan Tinder dengan pelbagai aksi kacak yang pastinya membuatkan peminat wanitanya tersenyum kegembiraan.

Imej bersih yang dimiliki Seungri merupakan penyebab dirinya dipilih sebagai wajah baharu Tinder berkuatkuasa semalam seperti mana yang tertera di laman Instagram Tinder Korea Selatan.

Tinder mula memasuki pasaran negara Kimchi itu sejak tiga tahun lalu namun ia tidak berapa mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna di sana.

Ini kerana penduduk di sana lebih gemar menggunakan aplikasi dating keluaran Korea, Amanda yang berfungsi sama seperti Tinder.

Disebabkan populariti dan jumlah peminat yang meluas di serata dunia, Seungri dijangka dapat menggembalikan populariti Tinder di Korea Selatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 2 Dec 2019

长得「好笑」会走好运?八度空间微笑大使邀你同欢笑

首要媒体2020鼠年新春活动开跑!微笑大使自嘲长得「好笑」获选,势要大众一起笑迎新春佳节!

Kisah Viral Mon, 7 Nov 2022
Featured Mon, 3 Apr 2023

Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut Di TikTok Gara-Gara…

Haa itulah netizen ni cepat sangat buat andaian sendiri.. Banyak tu 1.6 juta followers hmmm

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

Betul Ke Ayda Jebat Putus Asa Sertai AJL

Takkan dah putus asa masuk AJL kerana gagal untuk mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL).