Hiburan By: SGMS Faida May 26, 2018 @ 4:57am

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Sejak berkahwin dengan suami, Fizi Ali tiga bulan lalu, pelakon Shakilla Khoriri mengaku jarang berbuka puasa di luar.

Katanya, ini bagi memenuhi permintaan suami yang lebih gemar makan di rumah.

“ Bukanlah bermakna kami anti atau tidak suka makan di restoran mahupun gerai. Sesekali, memang kami gemar mencari tempat makan yang sedap sambil menghirup udara luar.

“Tetapi, mungkin disebabkan ketika bujang sudah biasa jamah lauk kedai, jadi sekarang apabila sudah berkahwin, saya semakin rajin ke dapur dan mencuba resipi kesukaan suami. Fizi pula jenis tidak cerewet.

“Cuma, memang sejak dulu saya tahu dia lebih pandai memasak, terutama lauk kampung yang sedap. Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador itu berkata, jika tidak terikat dengan sebarang penggambaran, dia akan memastikan dapat menyediakan juadah sendiri.

“Biasanya, suami pun ringan tulang membantu mana yang patut. Kami sama-sama bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur dan pada sebelah petang pula masak juadah berbuka,” kata Shakilla.

Shakilla atau nama sebenarnya Nur Shakilla Mohamad Khoriri berkahwin dengan Fizi, 29, yang juga penyampai radio, pada 18 Februari lalu di ibu kota.

Menyentuh pengalaman julung kali menyambut Ramadan sebagai isteri, akui wanita ini, pada hari pertama puasa dirinya berasa agak sedih kerana tidak dapat bersama keluarga.

“Sudah tentu saya rindu suasana bersahur dan berbuka dengan keluarga. Meriah sebenarnya apabila semua dapat berkumpul. Jadi, sedih juga pada awal Ramadan lalu, tetapi suara emak di hujung talian mengubat perasaan itu,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Vicha Takut Dengan Lelaki?

Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik, Vicha…

Hiburan Sun, 17 Mar 2019

Sumayyah Nama Anak Kedua Syamsul Yusof, Tahniah!

Alhamdulillah…tahniah Syamsul dan Sarah. Semoga dengan kehadiran Sumayyah, rumahtangga kalian makin utuh dan bahagia. Insya Allah.

Featured Wed, 12 Oct 2022

MK K-Clique Berlatih Jadi Pengantin, Netizen Tawar Diri Jadi Isteri

Siapa lah yang bertuah dapat jadi suri hati MK ni kan?

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Mana Satu Yang Real….” – Haqiem Stopa Bertemu ‘Kembar’?

Personaliti TikTok dan juga ikon permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Bin Jaafar, 22 sudah tidak asing lagi di kalangan generasi belia pada masa kini. Sering menjadi bahan cemuhan oleh warganet Haqiem […]