Hiburan By: Del14 September 4, 2019 @ 12:38pm

Sheila Rusly Bukan Terer Drama Je…Tapi….

Dah lama tak tengok instagram Sheila Rusly @sheilarusly_jspictures, tetiba hari ni rasa cam “Eh, apa cerita baru Kak Sheila eh?” lepas tu menyesal!!!! Elok je terpampang gambar Kerabu Kerang Thai terus rasa nak nangis. Sheila Rusly sememangnya dikenali bukan sahaja sebagai pelakon berbakat, pengacara yang mantap, juga pengarah dan penerbit yang disegani tapi dia juga seorang tukang masak yang ‘superb‘. Sesiapa yang pernah rasa masakan Sheila tau lah (tapi kita tak tau lah sebab dia tak pernah ajak kita makan..hehe) tapi kalau tengok cara dia masak, memang kita pun terus rasa macam mampu jadi Masterchef! (she makes things look so easy!) Bayangkan gambar kerabu kerang pun boleh dpt lebih dari 30 000 ‘likes’. 

Kerabu Kerang Thai ala Sheila Rusly yang mendapat lebih dari 30k ‘likes’ di laman instagramnya

 

Pada sesiapa yang berazam nak jadi ibu mithali dan isteri yang lebih disayangi, boleh lah dapatkan buku ‘Sentuhan Rasa Sheila Rusly’ yang mempunyai 152 halaman mukasurat dan  lebih kurang 80 resepi untuk dicuba. Buku yang dihasilkan dari pengalamannya selama 15 tahun menjadi pengacara rancangan Ketuk ketuk Ramadan adalah tanda terima kasihnya kepada peminat-peminat yang telah memberi sokongan kepada rancangan itu sehingga musim terakhirnya, musim yang ke-15 tahun ini. 

 

Ada lebih kurang 80 resepi untuk dicuba!

 

Sudah tentu ramai peminat akan merasa ‘kosong’ tanpa rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan setiap bulan puasa tetapi sudah tiba masanya Sheila membuat perancangan lain bagi memantapkan lagi perjalanan kerjayanya. 15 musim adalah satu masa yang lama untuk sebuah rancangan masakan bertahan dan Sheila mampu menarik perhatian peminat untuk terus menonton dia mengetuk rumah artis-artis untuk memasak bersamanya walaupun tanpa skrip. Beliau juga terkenal dengan sifat yang suka menjamu rakan-rakan artis dengan masakan dari air tangannya seperti memasak laksa asam kegemaran Jozlynn. Bila lah Sheila Rusly nak buka kedai makan pula? Saya lah yang ‘first’ sekali beratur!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Feb 2024

“Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan 

Rasanya semua berfikiran sama macam Mimi😥 Apapun jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana❤️

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sat, 24 Aug 2019
Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Sweet Ismail Izzani, semoga cepat sembuh!

Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Berdebar Bakal Timang Anak Pertama

Alhamdulillah, tahniah Syafiq dan isteri 🥰❤️