Hiburan By: SGMS Fas March 24, 2018 @ 12:14am

Siti Muat Naik Teaser ‘Comel Pipi Merah’

Jika dihitung hari ini (24 Mac 2018) masuk hari ke 6, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39,  melalui detik sebagai seorang ibu.

Dan kepulangannya ke kediaman daripada Hospital Gleneagles semalam petanda ibu kepada bayi yang digelar ‘Fatimah Az-Zahra’ ini sudah sihat dan pulih malah akan melalui proses berpantang selama 44 hari seperti kebiasaannya wanita lain bersalin.

Perkongsian kepulangannya ke rumah yang dimuat naik pengurusnya, Rozi Abdul Razak menyaksikan penyanyi ‘Comel Pipi Merah’ ini melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan pusat perubatan berkenaan.

Kredit: Instagram SIti Nurhaliza

Memetik laporan BH Online, Siti merasa sedih untuk meninggalkan pusat rawatan tersebut memandangkan sepanjang berada di sana beliau dan bayinya dilayan dengan baik bahkan kenangan  di situ adalah saat yang tidak mungkin dilupakan.

Sementara itu dilaman Instagram Siti, beliau turut memuat naik ‘teaser’ muzik video rasmi ‘Comel Pipi Merah’ sambil membayangkan video penuh akan terbit tidak lama lagi.

Lagu yang diinspirasikan daripada lagu rakyat kegemaran kanak-kanak iaitu ‘Can Mali Can’ ini bakal menyaksikan perjalanan dan pengorbanan Siti menggapai anugerah yang dikurniakan Allah kepadanya dan suami tercinta, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa.

Siti selamat melahirkan bayi pipi comelnya, seberat 3.55 kilogram secara pembedahan kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 16 Nov 2018

#WinWithXtra: Catch Dora the Explorer LIVE in Resorts World Genting!

Stand a chance to win exclusive VIP tickets to the show.

Hiburan Wed, 10 May 2023
Featured Thu, 19 Aug 2021

Masih Bertarung Dengan COVID-19, Fazli Zainal Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi, Fazli Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang akibat positif COVID-19. Terbaru, menerusi laman Instagram, Fazli berkongsi tahap kesihatan semasanya. “Alhamdulillah beransur pulih & nampak progress. Sabar ye […]

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Police Have Ruled Out Autopsy On Cha In Ha’s Body To Respect His Family Wishes

police have also asked the public not to spread rumors…

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan […]