Hiburan By: SGMS Faida December 29, 2018 @ 7:25pm

Sophia Fredskild Masih Menanti Cinta

Penyanyi meningkat naik, Sophia Fredskild mahu membuktikan kehadirannya dalam industri muzik tanah air tidak boleh dipandang sebelah mata.

Buktinya, gadis berusia 20 tahun ini melancarkan sebuah single ciptaannya bersama komposer Shazee Ishak berjudul, Waiting For Love.

“ Kami menghasilkan lagu ini dalam dua bahasa iaitu dalam Bahasa Melayu berjudul Menanti Cinta.

“ Lagu ini mengangkat kisah tentang seseorang yang sedang menanti kehadiran insan tepat bagi mengisi kekosongan di hati. Saya percaya sabar adalah kuncinya. Siapa tahu saya juga bakal bertemu dengan seseorang istimewa tahun depan,” katanya memberitahu dia masih solo buat masa ini. 

Akui gadis kacukan Melayu- Inggeris ini, Fredskild turut berharap agar Waiting For Love atau Menanti Cinta dapat diterima baik oleh pendengar di luar sana.

“ Saya mengaku masih dalam proses memantapkan penguasaan komunikasi dalam Bahasa Melayu. Semoga dua lagu ini berjaya mendapat tempat di hati pendengar. Saya juga bakal tampil dengan sebuah lagi lagu dwi-bahasa pada awal tahun 2019,” katanya yang mahir bermain gitar.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Tue, 19 Nov 2019

2020农历新年倒数派对!多位知名艺人山上陪你过大年

2020鼠年春晚众星云集云星剧场,带来乐趣和动感十足的跨年演出!

Events Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Beyonce Drops Surprise Album + Netflix Documentary on Coachella 2018

The Queen B sure knows how to treat her BeyHives.