Sufian Suhaimi Mengimbau Memori Manis
By: SGMS Faida
12 Jun 2018, 02:49 PM

Berkongsi kisah persiapan Syawal, penyanyi Sufian Suhaimi bakal meraikannya di Mersing, Johor.

Di kesempatan itu juga, dia akan menggunakan ruang yang ada untuk berkunjung ke rumah saudara-mara.

Pelantun lagu Di Matamu memberitahu dia juga telah menyediakan sejumlah wang untuk diberikan kepada kanak-kanak.

“ Tahun ini, saya tak lupa menyediakan persalinan untuk keluarga namun persiapan serba sederhana. Baju raya dalam empat lima pasang saja. 

“ Sebahagiannya pernah dipakai ketika saya menjayakan rakaman program khas raya.

“ Seronok rasanya apabila dapat membeli buah tangan sebagai kenangan buat keluarga tersayang," katanya kepada BH Online.

Mengimbau memori manis beraya pada zaman kanak-kanak, Sufian berkata, dia masih ingat kenangan dirotan ibunya gara-gara mandi parit ketika pulang meraikan 1 Syawal di Mersing.

Sufian berkata, selepas selesai beraya dengan keluarga, dia bersama sepupunya berpakat untuk bermain di kawasan parit berdekatan ditemani beberapa rakan lain.

"Saya agak nakal ketika kanak-kanak. Saya dan sepupu buat hal apabila kami mandi di parit dengan baju Melayu yang baru sekali dipakai. Pada mulanya, kami hanya bermain-main di tebing, lama-kelamaan terus mandi.

"Malangnya keseronokan kami hanya sementara apabila ibu datang mengejut. Tidak semena-mena kami semua dirotan apabila baju baharu kami habis kotor," katanya.



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Kafe Ini Wajib Dilawati Buat Pencinta Kucing Tegar!

Bella Enggan Ulas Punca Cerai, Mahu Move On

Cantiknya Kekasih Baru Ismail Izzani!

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Farid Kamil Baru Sedar Kena Gam Sebab Lantang Bersuara

Janna Nick Makin 'Membawang' Lepas Jadi Hos Melodi

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta