Hiburan By: SGMS Faida December 10, 2019 @ 6:06pm

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Hati mana yang tidak remuk apabila percintaan tempoh panjang akhirnya tidak berakhir di jinjang pelamin.

Bagi pelakon Risteena Munim yang pernah melalui situasi ini, dia mengaku sedih apabila terpaksa percintaan selama tujuh tahun dengan pelakon, Ikhwan Khairuddin menemui noktah. 

“Putus cinta memang sedih sehingga satu tahap saya sudah tidak percaya dengan cinta.

“Namun begitu, sesukar mana sekali pun saya harus menerima hakikat itu,” katanya.

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Tambahnya, dia bersyukur dengan kehadiran Isa Khan yang mengubat jiwanya dan meyakinkan dirinya semula bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud.

Baru-baru ini, Isa Khan telah melamar Risteena di Bali dan memaklumkan mereka juga bertunang pada hari yang sama. 

 

Untuk rekod, Isa dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan di Kota Langit yang disiarkan di RTM.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Banyak Sangat Job Sampai Hilang Suara?

Kata Raffi, ada benjolan di pita suara sebab terlalu banyak guna. Alamak!

Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Faizal Tahir Angkat ‘Ratu’ berada pada kelas tersendiri

“Ratu”  merupakan balada pertama Faizal Tahir selepas 2 tahun

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Peguam Sahkan Rihana Oksana Sudah Cerai

Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.