Hiburan By: Del14 November 8, 2019 @ 12:29pm

Tahniah! Ayie Floor 88 Kini Graduan Seni Teater

Tahniah Ayie Elham atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah (22 tahun) kerana telah selamat menamatkan pengajian daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). 

Vokalis kumpulan Floor 88 ini  berkongsi berita gembira tersebut melalui entri instagram memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teater dari Aswara semasa majlis konvokesyennya petang semalam. 

 
 
 
View this post on Instagram

Alhamdulillah. Apa yang diimpikan selama ni, penat lelah, batu batu penghalang yang telah aku tepis, hari ini adalah hari penghargaan untuk diri ini. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu secara langsung ataupun tidak langsung.❤️

A post shared by Mr. Nicky (@ayieelhamf88) on

“Alhamdullillah. Apa yang diimpikan selama ni, penat lelah, batu-batu penghalang yang telah aku tepis, hari ini adalah hari penghargaan untuk diri ini.

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu secara langsung ataupun tidak langsung.” tulis Ayie sebagai kapsyen.

Ayie turut berkongsi foto-foto dan rakaman video hari bersejarahnya di Instastory akaun instagram miliknya. 
 
Entri instagram tersebut mendapat 91 ribu ‘likes’ dari pengikut-pengikut Ayie yang rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan vokalis kumpulan yang popular dengan lagu ‘Hutang’ itu menggenggam segulung ijazah!
 
Sumber Foto: Instagram @ayieelhamf88

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Fri, 7 Oct 2022

Rebecca Nur Al Islam Berkemungkinan Terpaksa Gugurkan Kandungan Anak Keenam

Allahu kenapa pula tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Usop Terkejut Muzik Video Aku Yang Bersalah Dapat Sambutan Hangat

Minggu pertama klip video Aku Yang Bersalah ditayangkan, ia mendapat sejuta tontonan seterusnya mencatatkan peningkatan setiap minggu.

Hiburan Fri, 1 Nov 2019

‘Saya Tahu Ayah Layak’- Anak Allahyarham Pitt Hanif Buat Penonton Sebak

ernyata jangkaan kami tidak salah. Sebagai anak, sudah tentu saya amat bangga sekali dengan kemenangan ini. Ini untuk ayah…