Hiburan By: SGMS Fas March 19, 2018 @ 2:08am

Tahniah! Baby Pipi Merah Selamat Dilahirkan!

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39,  yang baharu sahaja menimang bayi comel pipi merahnya di sebuah pusat perubatan pada jam 8.17 pagi tadi.

Puteri sulongnya itu yang dilahirkan secara pembedahan seberat 3.55 kilogram berada dalam keadaan baik dan sihat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa aka Datuk K, memilih hari Isnin untuk bersalin memandangkan tarikh berkenaan bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada 1 Rejab.

Seperti yang dinyatakan melalui perbualan telefon dalam program ‘Melodi’ semalam, Siti mohon diberi ruang untuk berehat dan tidak mahu lagi menerima tetamu pada hari pertama melainkan ahli keluarga terdekat.

“Selepas beberapa hari baharulah saya boleh menerima tetamu yang mahu melawat,” ujar Siti.

Berhubung wajah dan nama anak, Siti dan suami turut memaklumkan akan berkongsi maklumat tersebut selepas tujuh hari atau pada waktu yang sesuai kelak.

Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi,” ujar Datuk K.

Tentu ramai peminat Siti tak sabar nak melihat bayi pipi merah ini kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Feb 2024
Selebriti Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Wed, 20 Oct 2021

Terbit Album Baharu, RASA Ibarat Cermin Suara Kematangan Hidup Ramli Sarip

Penghibur terkenal yang cukup serasi dengan gelaran Papa Rock, Datuk Ramli Sarip muncul dengan album baharu berjudul RASA. Mengakui bahawa album baharunya itu memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini, album […]

TECH Sun, 23 Dec 2018

Kata Laluan Paling Banyak Kena Godam Tahun 2018 Adalah 123456

CyberSecurity Dedah 25 Kata Laluan Paling Banyak Kena Godam Tahun 2018, 123456 Antara Lima Yang Teratas

Hiburan Mon, 28 Oct 2019

Bayi Malang Maut, Dipaksa Minum Air 19 Liter Oleh Ibu Sendiri

Mengaku Tertekan Kerana Mahu Diceraikan Suami

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Mon, 10 Apr 2023