Penyanyi rap dan hip hop popular, Joe Flizzow selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Marini Ramlan, seorang penggiat seni lukis dan ilustrasi @mariniart_ semalam.
Berita gembira itu dikongsi oleh adik kepada Marini melalui akaun Instagram miliknya @missdeeds_
“Semalam, kakak saya telah memberi kami ahli keluarga baru.
“Tahniah atas pertunangan kalian. Selamat datang ke keluarga kami @flizzow,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan-rakan dan warga maya yang mengucapkan tahniah kepada Joe dan Marini atas pertunangan mereka.
Kredit Foto: Instagram @missdeeds_