Hiburan By: SGMS Faida February 1, 2019 @ 3:10pm

Tarik 12 Juta Penonton, Pujaan Hati Kanda Cipta Sejarah Tersendiri!

Tamat sudah drama yang mengisi slot Akasia yang membariskan pelakon pujaan hati penonton tanah air iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama Pujaan Hati yang bersiaran sejak 20 Disember lalu dilaporkan berjaya mencatatkan 12 juta penonton sepanjang 28 episod bersiaran di TV3 manakala lima juta penonton di episod akhir.
Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata PHK bukan sahaja tular disebabkan populariti dua pelakon terkenal ini malah turut disokong oleh dua watak antagonisnya iaitu watak Pali yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly dan Kak Su oleh Reen Rahim.
“ Kesemua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu drama ini diterima baik oleh orang ramai. Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama-drama melayu di TV3.
“ Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda!,” katanya.
Pujaan Hati Kanda mengisahkan mengenai Danny lakonan Remy Ishak yang menerima kehadiran seorang bayi di hari pernikahannya. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar lepasan universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Cheryl Samad Kembali Beraksi Dalam The Bridge

Cheryl Samad kini muncul dengan drama terbaru lakonannya yang bakal ditayangkan di saluran ntv7 pada 26 November ini berjudul The Bridge

Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Pekin Ibrahim, Mona Allen Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Alhamdulillah! Syoknya dapat baby lagii 🥰🥰

Events Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Fizz Fairuz Kini DiGelar Datuk

Fizz Fairuz dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

‘Syukur Peminat Belum Jemu’- Dayang Nurfaizah

Dayang yang menggayakan empat busana rekaan Datuk Rizalman Ibrahim juga berharap peminat yang tidak berkesempatan untuk menonton konsert di Istana Budaya dapat hadir di Singapura pada 28 Disember depan. 

Featured Sat, 18 Mar 2023